Assalamualaikum.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas saya mengetuai lawatan sambil belajar para pemimpin muda sekolah saya ini. Inilah program rutin Lembaga Pengawas. Kali ini mereka saya bawa ke negeri Perak Darul Ridzuan. Destinasi pilihan ialah Bukit Merah Laketown Resort di Taiping dan Universiti Teknologi Petronas di Tronoh. Bukit Merah saya pilih setelah saya agak berpuas hati semasa bercuti di sana bersama2 keluarga. Pemilihan UTP pula kerana institusi ini yang 'paling' hampir dengan BMLTR di samping kemasyhurannya sebagai salah sebuah IPTS berkualiti di Malaysia.
Bas Din Jelutong meninggalkan pekarangan sekolah hampir pukul 10 malam. Pelajar telah saya ingatkan supaya sampai sebelum atau tepat pada pukul 9.30 malam. Pengawas memang menepati masa. Tahniah! Kami sampai di R&R yang berhampiran dengan BMLTR agak awal. Belum masuk waktu Subuh lagi... Tak mengapa, bolehlah berehat setelah melalui perjalanan yang agak lama dan tidur dalam keadaan yang tidak selesa. Terlentok kepala ke kiri dan ke kanan. Fuh, lenguh!
Semasa sampai di BMLTR, pejabat belum beroperasi lagi. Menunggu lagi.... Tak Mengapa kan? Dapat menyedut udara pagi yang segar.... Pukul 8.45 barulah saya dapat berurusan dengan pihak BMTLTR ; masing2 dapatlah 'gelang'. Mula2 ke Pulau Orang Utan. Seronok nampaknya para pengawas saya tu...Maklumlah, dapat melihat secara 'live' habitat orang Utan. 'Comel' sungguh Sarah! :))
Selamat datang ke Pulau Orang Utan! |
Gelagat anak Orang Utan ini agak melekakan kami.... |
Menyusu.... (Gambar Poster) |
Seterusnya, ke Ecopark. Ini pun menarik. Banyak jenis haiwan terdapat di sini. Cuma yang kurang menariknya ialah kena berjalan agak jauh di dalam kawasan 'hutan' tersebut dan cuaca agak panas menyebabkan rasa kurang selesa. Namun, keseronokan mengembara jelas terpancar di wajah para pengawas. Ada pertunjukan haiwan yang menghiburkan pula tu... Pengalaman bergambar dan 'membelai' ular sawa pastinya tak dapat dilupakan oleh mereka
Keesokannya, selepas menikmati sarapan dengan santainya, BMLTR pun ditinggalkan... Universiti Teknologi Petronas destinasi terakhir. Canggih, sungguh canggih! Yang paling memukau pandangan tentunya perpustakaan UTP. Rak buku bertingkat2, sangat tinggi, reka bentuknya moden seolah2 saya berada di perpustakaan luar negara....
Bersarapan di Suria Service Dpmnt. Hotel, Bukit Merah |
Berhenti makan,....SNAP!!!!! |
Perpustakaan UTP yang memukau pandangan.... |
Kaunter Pinjaman dan Pemulangan Buku |
Nak bergaya juga...! |
Kira-kira pukul 2.00 petang, kampus UTP ditinggalkan Batu Pahat sudah terbayang di ruang mata.... Tapi, tanpa diduga, hujan tidak, panas pun tidak, saya dikejutkan dengan jeritan pengawas yang duduk di bahagian belakang bas.
"Cikgu, ada bau !"
"Bau apa?"
"Bau hangit, cikgu!"
Saya pun terus memberitahu pemandu . Kata pemandu, "Oh, tak ada apa2...."
Tiba-tiba, mereka menjerit lagi, lebih kuat.
"Cikgu, ada asap!!!"
"Ha.....???"
Apalagi, kelam-kabutlah pemandu memberhentikan basnya. Lalu, pemandangan yang biasa saya saksikan di lebuh raya ketika bas rosak, saya, guru2 dan pelajar2 saya alami pula.... Kenangan demi kenangan.... Alhamdulillah, pemandu dan kelindannya mahir pula membaiki kerosakan. Akhirnya, sampai juga kami di pekarangan SMKTA pada pukul 11.30 malam...
Panik ke? Taklaaaah....!!! |
Encik Apai dan pembantunya gigih membaiki kerosakan... |
Jeff, Fzah, Adibah dan anak2. Fizah, Senyummm!!!! |