 |
Saya dan suami. Juga ada Purnama dan Along, adik Mala |
Pantai Minyak Beku selalu sahaja menjadi contoh murid-murid saya jika berbincang tentang destinasi pelancongan di Malaysia. Apa yang menariknya tentang pantai Minyak Beku ini? Tak kenal maka tak cinta…
 |
Inilah pantainya.... Oh, Pantai Minyak Beku! |
Rupa-rupanya cantik juga pantai MB ni… Perancang pertemuan keluarga, Abg Ishak dan Kak Mai telah ‘membawa’ saya sekeluarga ke situ. Hasrat mereka sungguh murni iaitu mahu membawa ibu mertua saya, bonda Asmah dan pembantu rumahnya, Purnama makan angin.
Bagi suami saya, tempat ini bukanlah asing baginya, tetapi bagi saya, inilah kali pertama sampai di situ.
Kak Mai sekeluarga dah pun sampai dan dah menempah sebuah meja untuk meletak makanan. Di kerusi, kelihatan emak mertua saya . Tak lama kemudian, datang pula adik ipar saya, Lili dan keluara serta Mat dan emak mertua serta ipar duainya. Keseluruhanna, ada 7 keluarga berhimpun di situ. Ramai dan meriah sungguh!
 |
Apa berita yang menarik tu Cik Mat? |
 |
Omar, suami Lili dan Solehah |
 |
Amboi, sukanya Asyraf dengan Cik Lilinya... |
 |
Ibu Mertuaku (kanan) dan birasnya, Mak Wa |
 |
Orang kuat...Kak Mai menyediakan hot dog |
Mereka nak naik bot pula! Oklah, boleh je, RM10 setiap seorang dan bagi yang kurang drp 4’, separuh harga, tapi cucu2 mak mertua saya semuanya dah tinggi.. Jadi, satu bot, 12 orang = RM120.00. Entah macam mana, abang Sahak diberi naik secara percuma oleh pemilik syarikat pengusaha tu…Rezeki jangan ditolak!
 |
Sepupu-sepupu bergambar kenangan... |
 |
Bergambar di buritan bot.. |
 |
Aiman pegang tiang, takut jatuh ya? |
 |
Manjanya Soleha dengan Haziq... |
Perjalanan menyusuri kuala sungai Batu Pahat itu memakan masa selama 25 minit. Apek yang memandu bot menerangkan lokasi yang kami lalui dengan sebutannya yang pelat tapi masih difahami.
 |
Aiman ketawakan apa tu? |
 |
Kampung di tepi pantai Minyak Beku |
 |
Rumah api tinggalan British.. |
 |
Pulau Sialu, Minyak Beku |
Memang seronok pertemuan keluarga ini dan saya harap pertemuan sebegini dapat diadakan lagi. Mungkin tambah seronok jika semua anak dan cucu ibu mertua saya ada, Pasti suasana gamat dengan usik-mengusik, terutamanya abang suami yang sulong, abang Rosdi yang suka bergurau...