Lebih kurang pukul 4.45 ptg, aku, suami, Hadi, Wahida dan Syuhada pun sampailah di KLIA dari Kluang , Johor. Kesian suamiku, masih batuk dan suara tak berapa nak ada...Tapi demi anak-anak, semua kesakitan dilupakan. Terharu sebab ada Kak Ros dan anak2nya, Baiti dan Izzati , Abg Rosdi dan Kak Fuzi, dan Kak Teh serta Eka. Ana dan Kak Lang pula ralat kerana tersilap masa lalu tak dapatlah menghantar... Ada pula kejutan; bekas pelajar aku dan di SABS , Kuantan, Azlan yang menyampaikan taklimat kepada kumpulan2 pelajar yang akan berlepas pada malam itu. Khabarnya dia pegawai di KPM. Lebih 20 tahun kami tak berjumpa, wajahnya masih tak berubah. Agaknya, aku dan suami juga dipandang begitu oleh bekas pelajar.. "Eh, cikgu sama jelah macam dulu..." atau dialog ini, "Cikgu tak nampak tualah..."Hahaha! Penawar duka... Sebentar lagi banjir....
8.15 malam, berpisahlah kami dengan Syuhada. Sebelum memasuki ruang berlepas, air mataku gugur lagi... Sedih kerana berpisah jauh sungguh kali ini. Syuhada pula rajin menolongku membuat kerja2 rumah. Tak dapat nak bayangkan, balik ke rumah, suasana senyap, dan bilik kosong...Oh...pilunya hati...! Oklah, jangan bersedih...La Tahzan... Ibu doakan Syuhada tidak tinggalkan solat, pandai jaga dan bawa diri di rantau orang, dan pulang dengan kecemerlangan ,Insya-Allah. Begitu juga dengan anak2 yang lain, yang masih ada di bumi tercinta ini. Moga kalian semua menjadi anak yang soleh dan solehah...Amiin!
Terbang membawa harapan
ReplyDeleteibu bapa dan teman-teman
pulang dengan kejayaan
melaksanakan suruhan Tuhan
kami semua dilupa jangan!
Ayahanda