Assalamualaikum.
Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja kes salah guna kemudahan internet dalam kalangan para pelajar. Laman sosial menjadi medan luahan perasaan mereka. Jika luahan rasa syukur kerana masih merasai nikmat kehidupan daripada Allah s.w.t itu sangatlah membanggakan, tetapi luahan nafsu amarah pula yang dipaparkan untuk bacaan warga dunia. Luahan kemarahan kepada pelbagai pihak sama ada kepada rakan-rakan seperjuangan, kepada para pendidik, ataupun kepada ibu bapa mereka sendiri. Jika ada perkara yang tidak sesuai dengan jiwa mereka, tunggulah kamu, akan kubalas perbuatanmu itu...Begitulah detik hati mereka dan mereka membuktikannya dengan meluahkan dendam kesumat itu di ruang maya. Tidak perlu menjaga hati atau perasaan orang yang diperkatakan. Begitu juga , apapun tanggapan dan tafsiran orang terhadap dirinya juga sudah tidak relevan lagi. Yang penting, niat menyumpah dan menyeranah tertunailah sudah. Astaghfirullahal'azim.....
Mungkin mereka sekadar meluahkan segala perasaannya di atas keybord. Kan itu lebih baik daripada mereka menghamburkan kata nista pada mereka yang mereka marah. Antara cara melepaskan tekanan adalah menulis. lepas menulis insyallah lega la tu..
ReplyDeleteya, itulah cara anak2 zaman sekarang nak lepaskan stres... Masalahnya, tindakan mereka tu melanggar peraturan sekolah, memburuk2kan sekolah/ guru..Kaau ketahuan, memang kena tindakan disiplinlah nampaknya... Isy2! Budak2 ni mmg belum matang..atau ke terlebih matang???
ReplyDelete