21 August, 2010

Catatanku.....

Assalamualaikum...


Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Ramadan buat semua. Sudah masuk hari yang ke-11 hari ini. Macam-macam peristiwa yang terjadi. Semuanya menguji ketahanan iman. Sama ada di sekolah mahupun di rumah, punya cabaran yang berbeza dan menuntut kebijaksanaan dalam menanganinya. Namun yang paling menarik yang ingin saya kongsikan di sini ialah intipati ceramah dalam kursus Latihan Dalam Perkhidmatan yang dijalankan pada pagi tadi. Yang menarik minat dan perhatian saya adalah tentang betapa pentingnya akidah dipelihara. Jika akidah terpelihara, segala macam cabaran dan onak duri dalam kehidupan ini mampu dihadapi. Akidah ini juga menyentuh tanggungjawab saya sebagai ibu / guru dalam menyelamatkan anak2 dan anak didik saya daripada tercampak ke lembah maksiat atau kehinaan. Betapa besar dan beratnya tanggungjawab yang digalas.. Semuanya kerana Allah. Ya Allah, hanya pada-Mu aku mengharap agar diberikan kekuatan dan ketabahan untuk berhadapan dengan hari-hari muka sebagai hamba-Mu yang memikul tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan guru...Amiin..!
Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews