25 January, 2011

ALHAMDULILLAH...

2010 mencatatkan kenangan manis buat keluarga En. Mustaffa dan isterinya...he2! Sayalah isterinya tu...Satu persatu berita gembira kami terima. Pertama, kejayaan Aiman mendapat 5A dalam UPSRnya dan kemudian diikuti oleh Muhammad Asyraf yang mendapat 8A dalam PMR. Syukur ya Allah atas kecemerlangan anak2ku itu. Kejayaan kakak2 dan abangnya diteruskan oleh mereka.





Aiman (duduk, kanan sekali) sedang menikmati kegembiraan bersama-sama rakannya





Aku dan Asyraf selepas mengambil keputusan PMR


23 Januari 2011, apabila disemak keputusan kemasukan Asyraf ke tingkatan empat MRSM, khabar gembira kuterima. Asyraf berjaya dalam permohonannya itu.Alhamdulillah...


16 Februari 2011, Insya-Allah, Angah (Syuhada) pula akan 'terbang' ke New Zealand kerana mengikuti program berkembar (TESL) dengan Universiti Auckland.



Angah (Syuhada, berbaju putih), aku dan Wahida (K.Long)


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (ayat drp surah Ar-Rahmaan)


Ya Allah, sesungguhnya aku benar2 mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan...Terima kasih Ya Allah..Dan moga2, anak2ku bukan sahaja cemerlang di dunia, malah di akhirat jua...Moga kalian menjadi anak2 yang soleh dan solehah.. Perkenankanlah doaku Ya Allah....


16 January, 2011

GOTONG-ROYONG

Pagi hari Sabtu, 15 Januari 2011 diadakan gotong-royong membersih dan mengemas bilik guru SMKTA. Orang kuat, Pengerusi KEBIRU, Fizah dan AJKnya memang bersungguh2 mahu  mencantik  dan   menceriakan bilik guru. Anak2 buah semuanya akur. Berpindah tempat duduk, tidak mejadi masalah. Ada yang kahu duduk dekat dengan geng, ada yang mahu duduk dekat dengan dapur... Hahaha! Ada pembaharuan!  Ruangan baru diwujudkan iaitu dapur... Bukan dapur betul pun, sekadar menjadi tempat untuk membancuh minuman kalau malas untuk ke kantin atau sebagai tempat semasa pot-luck diadakan sekali-sekala. Bagus idea itu. Dapatlah para guru beristirahat setelah mencurah ilmu kepada anak didik.
Dah penat bergotong-royong, ada sesi makan2 dan sambutan hari lahir bagi mereka yang dilhairkan pada bulan Januari.

Hjh Norafiza, Pengerusi yang Mantop!:)




Masa untuk makan! Alhamdulillah...

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan cikgu2 STA... Selamat hari lahir!

Pada pagi ini juga kami mendapat khabar sedih. Al-fatihah. Takziah kepada Roziha yang kehilangan ayahandanya pada pagi itu. Sebelum pulang, saya dan rakan2 seperti Fizah, Adibah, Norsalina, dan Izan meluangkan masa untuk ke rumah Zee. Semoga Allah menempatkan Allahyarham Abdul Rahman ke dalam golongan mereka yag beriman dan beramal soleh. Amiin.


Walaupun penat (mengemas barang2 sendiri..he2!) rasa seronok dan matlamat untuk mewujudkan kejelekitan dalam kalangan guru, akan tercapai juga akhirnya sedikit demi sedikit. Dan pada sebelah petangnya, saya dan suami bersantai berdua; kami bermain boling dan menikmati burger di KFC BPMall sementara menunggu Asyraf pulang daripada tuisyen Add-Math. Alhamdulillah.

13 January, 2011

FIKIR-FIKIRKANLAH...

Hari ini ada latihan rumah sukan. Rasa letihlah juga. Hmmm, tak mengapa, Khamis depan dapat cuti- Thaipusam. Dalam bulan Januari ini, warga pekerja /penuntut di Johor dapatlah dua kali cuti. Kali pertama pada 11 Januari yang lalu kerana Hari Hol Almarhum Sultan Ismail (bagi negeri Johor sahaja). Walaupun cuti akhir tahun baru 2 minggu berlalu, cuti dua hari ini sungguh berharga. Bukannya apa, awal tahun begini, banyak dokumen perlu disediakan serta disiapkan. Sebagai guru kelas, macam2 borang yang perlu dilengkapkan sama ada secara bertulis atau bertaip. Tak siap siang, dibawa ke malam. Tak siap malam, bangun sebelum subuh untuk menyiapkan tugasan khususnya bagi yang betul2 komited terhadap tugas. Sebenarnya , terlalu banyak lagi kerja rutin yang kalau disenaraikan di sini, mengundang cemuhan dan cebikan bibir mereka yang  SENGAJA tidak mahu memahami. Cuti bagi kaum guru, dicemburui. Berilah ruang kepada para pendidik untuk merehatkan diri dan minda. Yang hendak dididik, siapa? Yang hendak dijadikan 'manusia' , siapa? Fikir2kanlah...
Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews