25 September, 2013

KAMI SEMAKIN PULIH..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah...
Musibah yang melanda memberikan banyak ruang dan peluang kepada saya  untuk bermuhasabah. Menginsafi dosa-dosa yang telah dilakukan sama ada secara sedar mahupun tidak. Moga kesakitan yang dirasai dapat menggugurkan dosa2 saya yang lalu. Sesungguhnya , Allah Maha Penyayang. Allah Maha Pengampun.

Hari demi hari, kesihatan saya semakin bertambah baik. Begitu juga dengan suami tersayang yang dah boleh membengkokkan lututnya. Rasa sakit pada tulang rusuk pun telah hilang. Anak perempuan saya, Syuhada pun dah tak berjalan terdengkot2 lagi semasa  dia balik ke rumah hujung minggu lepas.Tangan kiri saya pun dah boleh diangkat sedikit demi sedikit tanpa bantuan hujung jari-jemari saya. Hadi pun dah tak perlu memegang siku saya bagi membolehkan saya menyikat rambut... Alhamdulillah...

Moga kami terus dilimpahi kasih sayang Allah...:)



Syukur, saya dah boleh melipat baju..:)

Yang dah dilipat...

Dah tak ada! (Hadi dah angkat..)


24 September, 2013

MALANG TAK BERBAU...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Benarlah malang tak berbau. Jika dapat dihidu baunya, tentulah perjalanan pada 31 Ogos 2013 itu sudah dibatalkan awal-awal. Hakikatnya,  qada' dan qadar Allah, tiada sesiapa dapat melawannya. Maka pada 4.15 petang itu, dalam perjalanan ke asrama SMSains Kluang untuk melawat anak bongsu saya, Aiman, ketika hujan renyai-renyai, berlakulah perlanggaran itu, Akibat kecemderaan saya agak teruk, saya ditahan di wad Hospital Kluang. Suami saya menerima lapan jahitan di tangan kiri , sakit pada lutut dan tulang rusuk manakala anak kedua saya sakit pada bahagian pinggang. Alhamdulillah, anak sulung saya cedera ringan dan dialah yang sibuk ke sana ke mari dan menelefon orang itu dan orang ini....

Saya tak dapat lupakan jasa ramai orang.. Pertama, pengguna2 jalan raya.. Ada yang memayungkan saya yang terbaring di atas rumput, ada yang memicit2 kaki, memberi kata2 semangat, dan dalam keadaan kelam- kabut itu, ada seorang lelaki yang mengingatkan anak saya supaya mengambil barang2 berharga dari dalam kereta kami.Tak terhenti di situ, beberapa minit kemudian, terdengar siren ambulans - ada yang prihatin menelefon pihak berkenaan dengan kadar yang segera.. Di hospital pula, kemunculan awal cikgu Mohd Khamsudin, rakan sekerja suami yang membantu pengurusan kemasukan saya ke wad, kemudian menyusul pula ahli keluarga sebelah suami dan saya, benar2 menyebabkan kami rasa terhutang budi. Terharunya rasa... Moga Allah membalas kebaikan mereka semua.

Saya hanya berada di Hospital Kluang (Hospital Enche'  Besar Hajjah Khalsom) selama dua hari. Hari yang berikutnya  saya berpindah ke Hospital Batu Pahat (Hospital Sultanah Nora Ismail). Semasa di hospital Kluang, pengalaman kaki disimen memang tidak dapat saya lupakan. Ketika simen mula mengeras, seluruh kaki yang disimen terasa seolah2 dilumur dengan cili..pijar! Rasanya dalam 10 minit ...fuh, tak tahan! Di Batu Pahat simen dibuka oleh sebab saya akan dibedah tidak lama lagi. Tak sempat nak rasa gatallah pulak...haha!

Pembedahan lutut saya dilakukan pada 3 September 2013 (Selasa). Alhamdulillah..tak perlu menunggu lama. Terima kasih kepada semua ahli keluarga terutamanya Abang Sahak dan Kak Mai, Lily dan Omar, Kak Liza dan Abg Yusof dan lain-lain yang  tak putus2 memberikan sokongan, bantuan dan motivasi. Terima kasih...terima kasih..

Saya mula diarahkan berpuasa pada pukul 1 pagi tetapi saya dah berhenti makan pada pukul 11.30 malam. Penantian suatu siksaan...Perut pun dah berkeroncong...panggilan masuk ke dewan pembedahan tak kunjung tiba..Akhirnya, pukul 4.00 petang saya ditolak ke dwn bedah...Saya dibius separuh badan. Pukul 6.18 petang, pembedahan selesai. Terima kasih Dr. Huzairi dan rakan2 doktor beliau yang lain yg menjalankan pembedahan ini.

Di wad, lepas dibedah, ubat bius dah habis kuasanya, saya terasa amat sakit. Satu, di bahagian belakang, bahu yang patah. Kedua, di kepala lutut yang dibedah..Ya Allah...sakitnya.....Moga terhapuslah dosa2ku saat itu... Suami dan anak2 balik ke rumah pula kerana menjangkakan pembedahan selama 4 jam. Apa ikhtiar saya? Telefon bimbit tiada bersama. Alat kawalan untuk memanggil jururawat pun tak diletakkan di sebelah saya... .Saya capai gagang telefon di meja beroda di sebelah katil saya setelah mengengsot...minta ubat tahan sakit daripada jururawat  (lelaki) yang bertugas.. Lega.. Pengalaman - terlalu mahal harganya!

Oklah...cukuplah sampai di sini cerita saya... Kita tengok gambar pula...


Panorama dari jendela kamar 28 wad 6A

Hadi  dan Wahida (tiada dlm gambar) yang menjaga saya siang dan malam..
Antara menu yang disediakan...

Bubur kacang..,buat pertama kalinya...makanan licin! 

Menu tengah hari..
                                         
Sejuk...
Menonton...
Tangan kiri memakai anduh...
Antara yang datang melawat (yang teringat nak bergambar..)

Murid2  ting. 5C dan 5D

Kak Teh dan anak2 (surprise!!!)

Murid 5A (Ada lagi yang lain, tapi dah balik...)
Lagi..5D..di rumah pula

Rakan FB, Linda dan anakandanya, Alisha dan Asma..

Tinggal kenangan...



30 July, 2013

Sedikit Ceritaku...

Assalamualaikum.

Lama benar rasanya tak menjenguk blog saya ni.
Sibuk memanjang, tak ada yang memendek...
Dari awal tahun 2013 hingga bulan Julai ni, macam-macam kejadian yang terjadi.

Diringkaskan ceritanya ;
1.  Awal tahun 2013 dapat , tugas seperti tahun sebelumnya, ditolak 1;guru kelas dan ditambah 1;     Pengerusi bilik guru.
Saya enggan terima jawatan tersebut memandangkan banyak tugasan yang akan saya pikul pada 2013 ini, (ada lebih 20 tugas) tetapi ada satu suara kedengaran; "Ala, tak apa, nanti saya tolong," (hmm...tak tolong pun!)

2.  Makan angin - ke Langkawi 2 kali (rombongan sekolah saya  dan sekolah suami), ke Pulau Tioman ikut   trip sekolah suami (3-5 Jun). Paling seronok, di Pualu Tioman. Airnya sangat jernih. Pemandanganpun sangatlah cantik..


Pulau Tioman waktu matahari terbenam...

3.  Macam2 yang terjadi, suami kakak (kak lang )Abg Isa meninggal, pemantau memantau di sekolah. Tak mengapa, datanglah, dapatlah dilakukan penambahbaikan di mana-mana..

Di tanah perkuburan seksyen 25, Shah Alam.


Pemantau SPSK sedang mengagih2kan tugas...

4.  Tahun 2013 tahun menanda tak habis2... Tiga kelas tingkatan 5 untuk subjek BM memang betul2                  mendera...Ketua Bidang dah nasihatkan saya supaya ambil 2 sahaja, dan 1 tingkatan 4 ditambah 1 lagi          tingkatan 1, tapi saya menolak sebab memikirkan persediaan mengajar sampai 3 jenis..ting. 1, 4 dan 5.          Akhirnya, tanggung sendiri!



Lain2:

- Jerebu

              
Jerebu di bandar Batu Pahat, Johor DT
         



             
- Sukan Kecil

               
                                  Wajah2 ceria pegawai sukan kecil...hehe!


- Sukan Tahunan



                          Pertandingan Perbarisan - Pasukan rumah Mawar                             

                     
                           Pembawa Bendera Kejohanan . Kadet Polis
   

       
        Tak cukup stamina...pengsan!




Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews