27 March, 2011

Kesunyian...

Sepi mengajar aku erti rindu,
demi cintaku yang setia....
Apahal pulak Cikgu Ani ni, berbicara soal rindu dan cinta bagailkan orang muda...?
Eh, saya pun bukannya tua pun..! Masih muda, tapi bukan belia dan bukan juga warga tua..
Begini ceritanya; sekarang saya bersendirian di rumah. Suami dan anak lelaki mencari peluh
di padang bola. Anak yang lain, bertebaran di bumi-Nya menimba ilmu. Maka, apabila bersendirian
begini, kenangan demi kenangan menerjah kotak fikiran bersilih ganti...  Semuanya mengundang rasa
rindu yang tak bertepi.  Rindu yang hanya bisa diungkapkan jika masa dapat diundur kembali...

07 March, 2011

Teguran Cikgu...

Hari ini saya  memarahi murid-murid saya. Manalah tak marah, buku karangan yang sepatutnya telah dihantar minggu yang lalu, tidak dihantar sehinggalah saya siap memeriksa semua buku yang telah dihantar.... Inilah cubaan. Inilah dugaan. Mereka didenda, tapi adakah mereka akan sedar dan tidak mengulangi kesalahan? Ini bukanlah kali yang pertama mereka melakukan kesalahan dan mereka telah pernah ditegur. Mereka telah pernah dinasihati. Mereka juga pernah beberapa kali dipuji. Semuanya pernah. Tapi., adakah mereka ambil pusing dengan segala teguran, nasihat atau pujian berkenaan? Bilalah kalian akan berubah???
     Seperkara lagi, saya juga menegur sikap mereka yang berfb. Ada yang sanggup mengeluarkan status yang mengecam guru sendiri. Masya-Allah! Apakah yang telah merasuk fikiran kalian? Madu diberi , dibalas tuba! Guru yang mencurahkan ilmu kepada mereka dihina dan dapat ditatap pula oleh seluruh dunia! Cukuplah wahai anak-anakku sekalian... Saya rasa sungguh sedih, pilu dan pedihnya hati ini bagai ditusuk sembilu! Seperti saya katakan kepada kalian, cubit paha kanan, paha kiri juga terasa sakitnya. Nasihat saya, beretikalah semasa berada di alam maya ini. Perbuatan kalian cerminan didikan  ibu bapa... Jagalah maruah mereka. Saya  doakan anak-anak didik saya yang saya sayangi ini akan berubah. Insya-Allah. Amiin!

06 March, 2011

Melayu kata 'letih' orang Jawa kata'kesel' atau capek.....

Begitulah gambaran keadaan saya pada hari ini. Sebenarnya, keadaan ini dirasai buka setakat hari ini, malah semalam juga serta Sabtu dan Ahad sebelumnya juga... Pendek kata, setiap hujung minggulah capek... Nak cerita panjang lebar pun macam tak kena pada masanya. Mungkin hari yang lain kut...? Namun, semuanya ikhlas dilakukan. Reda diterima. Insya-Allah. Semuanya kerana Allah. Ya, Insya-Allah.

05 March, 2011

Di mana Mereka?

Assalamualaikum.
Pagi ni macam lipas kudung saya mengemas, membasuh dan menyiapkan diri untuk ke sekolah.
Dah dimaklumkan oleh pentadbir sekolah bahawa guru yang tak terlibat dengan program RIMUP
dan guru tingkatan, hendaklah bergotong-royong menceriakan kelas bersama-sama pelajar kelas masing-masing. Maka saya pun mencetaklah gambar pelajar yang saya ambil ketika di kelas tempoh hari utnk ditampalkan pada papan kenyataan kelas. Saya start enjin, dan kereta pun meluncur laju meninggalkan rumah bercat biru./ hijau itu...
             Nampaknya, di kelas2 lain ada yang ada pelajar, tapi tiada guru, ada guru dan ada pelajar, tiada guru dan tiada pelajar dan ada guru tetapi tiada pelajar...Kelas sayalah itu...Tungulah punya tunggu, hampir satu jam, tidak ada seorang pun pelajar  yang ditunggu itu muncul. Aduh, kalian ni! Nak bergurau ke atau nak main-main? Hmmm...samalah maksudnya tu!
             Alhamdulillah ada Hawa dan dua orang anaknya datang, dapatlah mengisi kesepian saya menanti 'buah yang tak gugur' itu. Maka berceritalah kami. Bukan cerita2 berat, ringan2 sahaja...Cerita tentang dunia pendidikan. Oh ya, di kelas sebelah ada Suhaida nampaknya...!
             Akhirnya, setelah satu jam menunggu, saya pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sahaja... Hasil kerja saya (guntingan gambar kelas dan gambar saya) saya tinggalkan di dalam laci meja. Pandai2lah pelajar kelas saya menampalnya nanti. Nak bersiap2 untuk ke Jasin, Melaka pula ni...
Salam....!
Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews