26 March, 2012

LEGA...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah...Lega dah hari ni. Dah lepas satu episod. Pemantauan dan penyelarasan ULBS oleh Pentaksir Kawasan dah selesai. Persiapan berhari-hari sungguh meletihkan. Bukanlah berat sangat pun kerja saya tu, tapi
disebabkan dilakukan pada saat-saat kecemasan, begitulah jadinya....
Apa cerita / komen pemantau pula? Oklah...Kebanyakan dokumen yang diperlukan ada, dan penilaian terhadap pelajar yang diuji pun selaras. Perkara-perkara yang tiada tu, sama ada memang tak pernah ada , tak tahu atau, saya mengaku sahajalah, saya ni kurang cekap...he2!
Mulai petang tadi, saya menyambung kerja-kerja memeriksa buku yang dah menggunung itu... Dan seperkara lagi, nak menghantar buku penyata pelajar kelas saya kepada Pengetua. Moga dipermudah Allah. Amiiin!

22 March, 2012

KEPENATAN...

Assalamualaikum.
Bukan mengeluh, tapi sekadar menceritakan...haha!
Memang penat sungguh hari ini dan sejak kebelakangan ini...
Kemuncak penatnya hari ini...
Ok, saya mulakan cerita...
Tengah malam tadi, kira2 pukul 12 tengah malam hinggalah hampir ke pukul 1 pagi
saya membersihkan bilik anak dara saya berdua tu daripada bau busuk yang datangnya
daripada kucing Garfiield jiran yang cedera teruk kakinya , menginap di bilik mereka. Tak sedar
pula bila masa masuknya...Baunya, Masya-Allah!!!! Jadi, saya pun simbah Ajax Fabuloso terus ke atas lantai dan beroperasi  mengemop beberapa kali kala tengah2 malam, ketika insan lena diulit mimpi.
Hari persekolahan, juga memenatkan hari ini.
Pertama, penat marah. Marah kepada seorang / dua pelajar yang kurang sopan semasa P&P saya.
Kedua, penat kerana pulun mengemaskinikan fail ULBS. Inilah yang dikatakan orang, 'nak berak
barulah gali lubang' ha2! Hari Isnin ini bagaikan  saya yang akan dipantau oleh Pentaksir Kawasan itu..:)
Ketiga, tambah penat lagi sampai tak bermaya rasanya  kerana memantau latihan peserta
ke pertandingan Pengucapan Berirama untuk hari Sabtu nanti.

Pelajar sedang berlatih di dewan sekolah

Sudahnya, saya balik ke rumah pukul 6.45 petang. Keluar pagi tadi 6.45 pagi. Kiralah berapa jam...
Ingat ya...kisah ini bukan rungutan, tapi sekadar perkongsian perasaan...he2!

Ini hanyalah selingkar kisah
seorang pendidik di sebuah sekolah
walaupun banyak tugas menadah,
semuanya dianggap ibadah,
pahalanya bertambah-tambah...
ada lagi ganjaran daripada Allah...
Insya-Allah.

13 March, 2012

KELAS TAMBAHAN MASA CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum.

Apabila membaca tajuknya sahaja, baik guru apatah lagi pelajar, ada yang rasa jengkel...
Apa tidaknya? Cuti yang seminggu sahaja pun mahu diadakan kelas tambahan... Bagi pihak pelajar,
sudahlah setiap guru mata pelajaran membekali mereka dengan kerja rumah yang bukan sedikit, ditambah pula dengan kehadiran wajib ke kelas tambahan. Bagi pihak guru pula,ada yang mengatakan  rosak rancangan mereka untuk bercuti bersama-sama keluarga masing-masing....
Itulah antara luahan perasaan mereka....
Saya pula, tak kisah, Jika dibuat kelas tambahan, saya sedia memberikan kerjasama. Percutian bersama keluarga boleh diatur. Makan angin di tempat-tempat yang berdekatan sahaja sudah memadai. Yalah, anak-anak  yang masih bersekolah itu hendak juga dikurangkan stres mereka...

Masalahnya, murid2 saya ini ada yang tak tahu menghargai penat lelah dan pengorbanan guru mereka. Kalau guru sanggup datang untuk mencurahkan  ilmu, mengapa murid pula sebaliknya? Seperti biasa, di kelas2 hujung, kedatangan pelajar amat mendukacitakan. Adakah mereka memilih guru? Adakah mata pelajaran yang diajarkan itu tidak dapat memancing minat mereka? Atau, adakah tindakan mereka ponteng ini ada kaitan dengan kelemahan pelaksanaan hukuman? Entahlah ya... Wallahu'alam....
Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews