25 February, 2011


Dengarlah Ibu...

Assalamualaikum ..
Maka si bongsu saya pun baliklah ke rumah hari ini. Setelah 10 hari tinggal di asrama, banyaklah cerita yang dibawanya pulang. Saya perturunkan satu persatu ya!

Ayat pemula ceritanya begini; "Ibu, ibu.....,".

  • nak makan maggi (#+*@!)
  • ada abang senior bawa maggi banyak...(dia jual)
  • dah makin tinggi,.pumping tiap2 hari...
  • ada budak 2nd intake, suaranya sedaap...
  • ada abang Badar (badan agama) hampir nak denda seorang budak tu...
  • ada abang tu cakap, ibu Freemason tu Lady Gaga, bapanya pula, Madonna..(?)
  • ada kawan sekelas tu, nakaaall...
  • berus pakaian hilang
  • jam tangan 3 kali tertinggal dlm toilet
  • ada 3 bungkusan pakaian kotor di dalam beg
  • masa berbaris di kantin, ada budak 2nd intake gaduh dengan budak 1st intake...
  • cepat laparlah lebih2 lagi sebelah pagi.sbb kuetiau utk sarapan tu tak sedap...
  • nak sepasang lagi baju melayu..
  • nak selimut
  • nak boxer
  • nak kayu hoki
  • dan banyak lagiiii....
  • Layan....:))

Aiman dan Garfield, kucing jiran...
Sedap ke suara tu...?


Lebarnya senyum!!!
Era hitam putih kehidupan....

23 February, 2011

glitter graphics
Free Glitter Graphics, Friends Forever Glitter Graphics
Khusus buat teman-teman kesayangan saya di alam siber:
Zal;
Ita;
Zee;
Sumi;
Dina;
Liza:
Ros;
Puteri;
Honey; dan lain-lain.
  
Jika diizinkan Allah, kita bersua jua. Sayonara!

21 February, 2011

Dah Terbang...


          Lebih kurang pukul 4.45 ptg, aku, suami, Hadi, Wahida dan Syuhada pun sampailah di KLIA dari Kluang , Johor. Kesian suamiku, masih batuk dan suara tak berapa nak ada...Tapi demi anak-anak, semua kesakitan dilupakan. Terharu sebab ada Kak Ros dan anak2nya, Baiti dan Izzati , Abg Rosdi dan Kak Fuzi, dan Kak Teh serta Eka. Ana dan Kak Lang pula ralat kerana tersilap masa lalu tak dapatlah menghantar... Ada pula kejutan; bekas pelajar aku dan di SABS , Kuantan, Azlan yang menyampaikan taklimat kepada kumpulan2 pelajar yang akan berlepas pada malam itu. Khabarnya dia pegawai di KPM. Lebih 20 tahun kami tak berjumpa, wajahnya masih tak berubah. Agaknya, aku dan suami juga dipandang begitu oleh bekas pelajar.. "Eh, cikgu sama jelah macam dulu..." atau dialog ini, "Cikgu tak nampak tualah..."Hahaha! Penawar duka... Sebentar lagi banjir....
            8.15 malam, berpisahlah kami dengan Syuhada. Sebelum memasuki ruang berlepas, air mataku gugur lagi... Sedih kerana berpisah jauh sungguh kali ini. Syuhada pula rajin menolongku membuat kerja2 rumah. Tak dapat nak bayangkan, balik ke rumah, suasana senyap, dan bilik kosong...Oh...pilunya hati...! Oklah, jangan bersedih...La Tahzan... Ibu doakan Syuhada tidak tinggalkan solat, pandai jaga dan bawa diri di rantau orang, dan pulang dengan kecemerlangan ,Insya-Allah. Begitu juga dengan anak2 yang lain, yang masih ada di bumi tercinta ini. Moga kalian semua menjadi anak yang soleh dan solehah...Amiin!
            Jom, tengok foto!
Syue menunggu giliran menimbang bagasi...



Menunggu makanan...KFC
         
Perbualan adik dan kakak...

Gambar kenangan....Kak Teh dan anak, Kak Ros dan anak2 serta abg Rosdi (x jelas pula...)

18 February, 2011

INI BUKAN COBAAAN.....

ASSALAMUALAIKUM...


Akhirnya, (baru nak mula menaip, dah akhirnya....Guane mu? :))
Ya, akhirnya, akan tinggallah saya dan suami berdua di rumah... Buat masa ini masih bertiga kerana Hadi masih menunggu keputusan SPMnya.. Anak2 yang lain menyambung pelajaran di pelbagai tempat.
Pada 7 Februari yang lalu, Muhammad Asyraf menyambung pelajaran tingkatan 4 di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin. Air mata seorang ibu pun gugur ke bumi Hang Tuah...
Muhammad meneliti borang2 ysng perlu dilengkapkan...
Amboi, sukanya dia!
Muhammad berbaris untuk mendapatkan nombor giliran...
Dah siap kemas katil....
Aik, apa buat duduk di dalam almari tu Mak cik? he2!
Mengalas 'locker' Muhammad...


Pada 16 Februari yang lalu, dua orang lagi anakku meninggalkan rumah... Huhu! Sedihnya!  
Aiman mendapat tawaran ke tingkatan 1 di SM Sains Johor, Kluang. Pada sebelah paginya, urusan mendaftarkan Aiman terpaksa dilakukan dengan segera kerana hendak mengejar masa . Pada kebiasaaannya, selepas mendaftarkan anak2 , aku dan suami akan membawa mereka ke banda yang berdekatan untuk membeli mana2 barang yang belum mencukupi. Tapi nampakanya, so bongsuku ini terpaksa ditinggalkan seusai majlis pendaftaran kerana mahu menghantar Syuhada ke KLIA. Kami perlu sampai sebelum pukul 5.00 petang. Bayangkanlah betapa terkejar2nya aku dan suami ketika itu.
Pemeriksaan Tak Mengejut oleh ayahnya...
Dorm Aiman..
Dah siap kemas katil, dia baring2 pula...Aiman, Aiman...!



Selepas ini, berita di KLIA pula ya... TUNGGUUU!!!!
Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews