16 April, 2012

BERJAYA TIMES SQUARE

Assalamualaikum.

Hari Ahad hari untuk famili.
Hari Ahad hari untuk senang dan tenangkan hati.
Hari Ahad hari untuk bercuti.
Sambil bercuti, kita boleh meningkatkan ekonomi negeri...(negara!)
Maka, pada hari Ahad, 15 April 2012 lepas, saya dan keluarga melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia untuk menyahut kempen "Cuti-Cuti Malaysia". Ke mana? Mana lagi, kalau bukan ke Times Square!
Cerita di perjalanan.

 Bertolak dari rumah selepas Subuh, (pukul 6.00) Plan asal, 5.40 pagi...Kita hanya mampu merancang... Suami nak cari jalan ke stesen komuter Bandar Tasik Selatan, tak jumpa pula. Kata anak sulung, "Ibu, gunalah Papago ibu tu...." Lantas, telefon bimbit saya pun bertukar tangan... Sedang Aiman sibuk mencari, bangunan KL Central telah ada di depan mata....

Di KL Central:
Sampai di Stesen KL Central pukul 10.00 pagi. Kereta diletak di tingkat 3, tiang S. Sambil menunggu anak saya yang belajar di P.Jaya itu sampai, sempatlah saya menyauk sehelai 'cardigan' hitam. Dari situ, kami berjalan kaki ke stesen komuter yang terletak di bangunan bersebelahan KL Central. Kenalah menapak. Mujurlah tak jauh sangat, hanya 10 minit perjalanan jika ada niat berjalan sambil makan angin. Jika serius perjalanannya, lebih cepat sampainya.

Di Times Square:
Bayaran masuk RM37.00. Jadi semuanya RM168.00. Tak apa, sekali-sekala...:)
Suami saya awal2 lagi dah mengambil keputusan untuk tidak menaiki apa2 jenis permainan yang disediakan kerana sudah serik (peristiwa di Sunway Lagoon) Saya pula, macam nak naik, tapi tak berani.. Akhirnya, saya dan suami jadi 'baby sitter'lah nampaknya sepanjang anak2 bermain....haha!

Perjalanan pulang:
Mula2 hantar Hadi. Tak jauh, diturunkan dekat dengan KL Central, dan dia akan menaiki teksi. (Tambang teksi sudah diberi, tapi apabila saya menelefonnya, dia naik bas juga! Hisy, anakku ini!)
Kemudian, ke Nilai, hantar Wahida. Lewat sangat...dah pukul 3.30 petang. "Solat Zohor terus ya Kak Long!,"pesanku.
Perjalanan yang jauh pun bermula. Ujian pertama, jalan sesak. Ya Allah, ada kemalangan! Ops, ada beberapa buah kereta kena samanlah! Itulah padahnya nak cepat, potong barisan, gunakan laluan kiri>.
Kalau beginilah gayanya, tak sempat rasanya Aiman sampai di asrama sebelum pukul 6.00 petang. Saya pun mulalah main peranan...menghantar sms kepada warden asrama sebab  ujian kedua pula menunggu... Hujan sangat lebat di Seremban! Terpaksalah suami pandu perlahan....

Sampai di R&R Ayer Keroh, singgah untuk solat jamak Asar/Zohor. Dah selesai, enjin kereta pula tak dapat dihidupkan....Ujian ketiga. Memang sahlah Aiman lewat sampai ke asrama! Kami hampir sahaja membeli bateri baru yang berharga RM270-300 daripada pekerja di stesen minyak Pteronas...Tapi dia juga menasihati suami supaya menelefon pihak Polis Bantuan PLUS. Suami akur dengan cadangan tersebut. Tak lama kemudian, datanglah dua orang kakitangan PLUS menghulurkan bantuan, Alhamdulillah, dah ok. Jadi, tak perlulah saya membeli bateri baru tu...Senyum! :))

Akhirnya...
Sampai di asrama Aiman: pukul 8.30 malam.
Sampai di rumah, pukul 10.00 malam (singgah makan roti canai dulu!)Syukur....

Permainan pertama anak-anakku...
Hadi di dalam kereta lambung2...
Aiman nampak berani tapi sebenarnya.....

Naik kali kedua...

Kak Long...
Asyraf...
Hadi dan Aiman....
'Baby Sitter ' 1
'Baby Sitter' 2...
Kami bahagia, anak-anak gembira...Insya-Allah...

(*Angah, kalau baca cerita ibu ni jangan sedih ya! Bila2 nanti kita pergi, ek!) 

HARI SABTUKU YANG SIBUK

Assalamualaikum.
Lama sudah saya tidak mengarang di sini. Kesibukan melanda hingga saya tidak berkesempatan mencoretkan bingkisan cerita di blog kesayangan saya ini
     Kali ini saya ceritakan kisah  yang terjadi hari Sabtu yang lalu. Dua majlis berlangsung dan kedua2nya membabitkan saya sebagai teraju utamanya (orang Jawa kata 'pentol') .  Jadi, bayangkanlah betapa sibuknya saya beberapa hari menjelang majlis dan pada hari majlis berlangsung... 
     Majlis pertama: Hari Profesionalisme pertama (Latihan Dalam Perkhidmatan). Untuk yang ini, saya penyelarasnya. Selaras itu, dan selaras ini. Sampai masa, ada juga silapnya! Inilah manusia... Sehari sebelum program, saya telah menelefon penceramah pertama untuk mengesahkan kehadirannya. Lebih kurang beginilah dialog kami yang diringkaskan:
     "Ok, ya En. HS, datang ya berceramah ke sekolah saya esok pukul 8.00 pagi."
     "Ok, ok! Saya datang. Pukul 8.00. Sediakan LCD ya!"
     "Baiklah."
Malangnya, penceramah datang pukul 8.30 pagi. Guru-guru dah sampai seawal pukul 7.15 pagi... Ya Allah..kesiannya mereka, lama menunggu. Rupa2nya, en. HS merujuk kepada surat jemputan (yang saya hantar), bahawa jemputan berceramah ialah pada pukul 8.30!  
     Walau bagaimanapun, keresahan atau mungkin kemarahan guru terungkai dan hilang apabila mendengar ceramah beliau yang sangat menarik dan berkesan. Cikgu2 tak kering gusi dengan lawaknya. Ada juga keinsafan berjaya diselitkan dalanm ceramahnya yang bertajuk "Guru Penyayang" itu. Keseluruhannya, memang kami berpuas hati. Kalau dijemput untuk memberikan ceramah kepada pelajar dan ibu bapa pun sesuai sangat.

Penceramah dengan bahan bantu ceramahnya...

Guru-guru tak kering gusi ....
Penceramah kedua menerima cenderamata...



     Pada waktu yang sama, di dewan sekolah pula berlangsung Kursus Kepimpinan Pengawas. Yang ini, saya juga yang menyelaraskannya dan dibantu juga oleh guru Kaunselor sekolah. Saya tak boleh duduk diam... sekejap ke dewan, sekejap naik ke Bilik Mesyuarat, untuk memastikan kedua2 program tersebut lancar. 
     Rancangan asalnya, kursus ini hendak dijalankan di sebuah kem, tetapi memandangkan saya sibuk dan kasihan pula dengan pelajar yang terpaksa bayar lebih, saya batalkan rancangan tersebut. Jadi, saya buat di sekolah sahaja dengan memanggil pihak luar.
     Ok, saya ceritakan sedikit kisah di sebalik tabir...
     Entah bagaiamana, pada petang Jumaat itu , (sehari sebelum kursus berlangsung)  dalam perjalanan pulang daripada servis kereta, saya tergerak untuk singgah di sekolah untuk menjenguk persiapan dewan. Alangkah terkejutnya saya, back drop belum dibuat lagi! Aduhai, pengawasku ini! Alhamdulillah, mujurlah terjumpa dengan cikgu Khairizan di padang sekolah. Kredit telefon saya habis, jadi dialah yang cuba menelefon pelajar yang berkenaan... Dan akhirnya, apabila pelajar itu tidak dapat dikesan, beliau menyatakan persetujuannya untuk membantu... Syukur, Alhamdulillah. Terharunya! Pukul 10.00 malam, beliau memulakan kerja dengan ditemani anaknya, Ain yang berumur 4 tahun dan juga guru pengawas sesi petang, Pn Sarimah. Jasa kalian kukenang...

Cikgu Khairizan membantu memasang 'back drop'
Ain pun nak tolong...
Pengawas menjalankan tugasan...
Apa yang penting? Kerjasama!
Dah tamat...
Tamat...

02 April, 2012

SMKTA- Januari- Mac 2012

Assalamualaikum!

Tempoh tiga bulan di sekolah saya pada tahun 2012 ini menyaksikan banyak peristiwa yang berlaku . Peristiwa-peristiwa tersebut menggambarkan betapa hebatnya sekolah tempat saya berkhidmat ini. (Puji tiada makna!!!!haha!) Rasanya tidak perlulah saya bercerita dengan panjang lebar di sini. Pada kali ini, saya bercerita menerusi gambar-gambar yang saya rakamkan. Ayuh, kita cuci mata!

Bergambar sebelum Perlawanan Bola Jaring Persahabatan Antara rumah Mawar( Merah) dengan rumah Dahlia (Jingga) petang tadi
Perasmi majlis, Yang Berhormat Dato' MA...Dapatlah kami sumbangan (wang besar!)  untuk  membeli cat  bagi menceriakan bangunan sekolah...Alhamdulillah.
Sebahagian daripada ibu bapa semasa Mesyuarat Agung PIBG (Sabtu)- Mereka sedang menyaksikan persembahan Bicara Berirama (arahan saya...he2!)

 
Gambar kenangan saya dengan dua orang pelajar terbaik sekolah dalam SPM 2011 (10A) Wendy  dan Hui Xuan.
Rewang untuk Maulidul Rasul 1434H..
Kreativiti pelajar,..Pakaian beragam semasa  majlis Maulidul  Rasul
Jelitawan pasukan Mawar...Ops! haha!

Gambar-gambar lain akan dimasukkan esok-esok....Insya-Allah.





Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews