30 April, 2011

BUKIT MERAH DAN UTP...



Assalamualaikum.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas saya mengetuai lawatan sambil belajar para pemimpin muda sekolah saya ini. Inilah program rutin Lembaga Pengawas. Kali ini mereka saya bawa ke negeri Perak Darul Ridzuan. Destinasi pilihan ialah Bukit Merah Laketown Resort di Taiping dan Universiti Teknologi Petronas di Tronoh. Bukit Merah saya pilih setelah saya agak berpuas hati semasa bercuti di sana bersama2 keluarga. Pemilihan UTP pula kerana institusi ini yang 'paling' hampir dengan BMLTR di samping kemasyhurannya sebagai salah sebuah IPTS berkualiti di Malaysia.
     Bas Din Jelutong meninggalkan pekarangan sekolah hampir pukul 10 malam. Pelajar telah saya ingatkan supaya sampai sebelum atau tepat pada pukul 9.30 malam. Pengawas memang menepati masa. Tahniah! Kami sampai di R&R yang berhampiran dengan BMLTR agak awal. Belum masuk waktu Subuh lagi... Tak mengapa, bolehlah berehat setelah melalui perjalanan yang agak lama dan tidur dalam keadaan yang tidak selesa. Terlentok kepala ke kiri dan ke kanan. Fuh, lenguh!
    Semasa sampai di BMLTR, pejabat belum beroperasi lagi. Menunggu lagi.... Tak Mengapa kan? Dapat menyedut udara pagi yang segar.... Pukul 8.45 barulah saya dapat berurusan dengan pihak BMTLTR ; masing2 dapatlah 'gelang'. Mula2 ke Pulau Orang Utan. Seronok nampaknya para pengawas saya tu...Maklumlah, dapat melihat secara 'live' habitat orang Utan. 'Comel' sungguh Sarah! :))

Selamat datang ke Pulau Orang Utan!

Gelagat anak Orang Utan ini agak melekakan kami....

Menyusu.... (Gambar Poster)
Seterusnya, ke Ecopark. Ini pun menarik. Banyak jenis haiwan terdapat di sini. Cuma yang kurang menariknya ialah kena berjalan agak jauh di dalam kawasan 'hutan' tersebut dan cuaca agak panas menyebabkan rasa kurang selesa. Namun, keseronokan mengembara jelas terpancar di wajah para pengawas. Ada pertunjukan haiwan yang menghiburkan pula tu... Pengalaman bergambar dan 'membelai' ular sawa pastinya tak dapat dilupakan oleh mereka
    Keesokannya, selepas menikmati sarapan dengan santainya, BMLTR pun ditinggalkan...  Universiti Teknologi Petronas destinasi terakhir. Canggih, sungguh canggih! Yang paling memukau pandangan tentunya perpustakaan UTP. Rak buku bertingkat2,  sangat tinggi, reka bentuknya moden seolah2 saya berada di perpustakaan  luar negara....


Bersarapan di Suria Service Dpmnt. Hotel, Bukit Merah


Berhenti makan,....SNAP!!!!!



Perpustakaan UTP yang memukau pandangan....

Kaunter Pinjaman dan Pemulangan Buku

Nak bergaya juga...!

Kira-kira pukul 2.00 petang, kampus UTP ditinggalkan Batu Pahat sudah terbayang di ruang mata.... Tapi, tanpa diduga, hujan tidak, panas pun tidak, saya dikejutkan dengan jeritan pengawas yang duduk di bahagian belakang bas.
 "Cikgu, ada bau !"
 "Bau apa?"
 "Bau hangit, cikgu!"
Saya pun terus memberitahu pemandu . Kata pemandu, "Oh, tak ada apa2...."
Tiba-tiba, mereka menjerit lagi, lebih kuat.

 "Cikgu, ada asap!!!"
 "Ha.....???"
Apalagi, kelam-kabutlah pemandu memberhentikan basnya. Lalu, pemandangan yang biasa saya saksikan di lebuh raya ketika bas rosak, saya, guru2 dan pelajar2 saya alami pula.... Kenangan demi kenangan.... Alhamdulillah, pemandu dan kelindannya mahir pula membaiki kerosakan. Akhirnya, sampai juga kami di pekarangan SMKTA pada pukul 11.30 malam...
Panik ke? Taklaaaah....!!!

Encik Apai dan pembantunya gigih membaiki kerosakan...

Jeff, Fzah, Adibah dan anak2. Fizah, Senyummm!!!!







23 April, 2011

Panas.....!!!!

Salam.
Namanya pun manusia... Tak tahu nak bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah...
Panas juga telinga mendengar komen-komen tak puas hati seseorang akan sesuatu ni...
Tapi, saya tak boleh ikut rentak mereka. Astaghfirullah... Astaghfirullah.....Astaghfirullah....
Cukuplah sampai di sini sahaja luahan perasaan saya, yang juga ada perasaan. Assalam.
Sedihnya dia...!

09 April, 2011

4GB atau 8GB?

Assalamualaikum...
Alkisah...Maka tersebutlah kisah seorang wanita yang baru pulang daripada membeli barangan di sebuah pasar raya yang terkenal di daerah BP. Tak lain tak bukan, pasar raya itu, BPMall namanya... Adapun, wanita itu, yang namanya bermula dengan huruf T, telah membeli suatu barang. Semasa membeli, telah dinyatatakan dengan jelas spesifikasi barangan yang dikehendakinya kepada si penjual. Si penjual itu pun, angguk-angguk tanda faham dan wanita itu angguk-angguk tanda setuju. Maka berlakulah urusan jual beli yang disaksikan oleh juruwang yang berbaju t kuning, rambut berikat dua dan bercermin mata itu. Barang itu pun dimasukkan ke dalam beg tangannya. Almaklum, hari Sabtu ialah hari tanpa beg plastik di pasar raya berkenaan.
    Sesampai di rumah, alangkah terkejutnya wanita itu kerana barang yang dibelinya bukan seperti yang dihajatinya. Kasihan dia!  Inilah barangnya...






Hahaha! Padan muka saya! Nak beli yang 4GB dapat yang 8GB . Habis, camno?
Harga yang 4GB hanya RM60, tetapi yang 8GB RM119. Jauh bezanya tuuuu...! Saya pula bayar RM60 sebab saya hendak beli yang 4GB. Si penjual tu cuai dan saya pun cuai! hahaha! Ketawalah lagi....
Kenalah pergi semula ke BPMall untuk menukarnya... Leceh memang leceh, tetapi biarlah berleceh-leceh dahulu, bersenang-senang kemudian... Berdosa ambil barang yang bukan hak kita...
Pengajarannya, kenalah lebih berhati-hati apabila membeli apa-apa barangan atau perkhidmatan sekalipun.
Mujurlah BPMall itu dekat sahaja dengan rumah saya, kalau jauh.... Hmmm....kenalah fikir sendiri ya ....

04 April, 2011

Hujung Minggu yang Bersejarah

        Hari Jumaat: Pukul 1.10 tengah hari, saya, suami dan Hadi memulakan perjalanan ke Kluang . Nak mengambil si bongsu yang bertuah, Aiman. Dalam perjalanan, dua lelaki yang disayang itu berhenti di masjid untuk bersolat Jumaat.

Sabtu : 1.00 tengah hari ke MRSM TGB Jasin, Melaka. Aiman ikut. Hadi tinggal. Jadi kami bertiga. Ambil Asyraf, nak pekena cendol pulut, dah habis...Dapatlah cendol campur krim jagung dan kacang merah. Alhamdulillah...Gedebak-gedebuk di sana sampai pukul 4.30 petang, balik ke BP.
Asyraf menunggu cendol sambil membaca akhbar...
Tiba-tiba, adik dari Shah Alam call...Nak datang ke rumah. Alhamdulillah, ada tetamu di rumah kami hujung minggu kali ini. Ok. silakan datang Ana...

Pukul 6.00 ptg, kami singgah di warung. Makan malam sebab perut dah berkeroncong... Peristiwa tidak dapat dilupakan...banyaknya lalat, hinggakan lalat besar yang  hijau tu pun ada...Ok, lupakanlah....!

Malam Ahad, pukul 10.00 malam, Ana dan suami serta dua anaknya datang. Allah, tiga nasi goreng kampung yang dibeli hanya cukup untuk dua orang! Apa lagi, operasi memasak pun bermula.. Ada sambal udang, ayam goreng, telur dadar dan telur masin. Sayur tak ada pulak dalam peti ais... Tetamu makan pukul 11.00 malam...Maaf, maaf, maaf...Tp, Alhamdulillah depa makan dengan berselera... Saya pula menjaga si kecil yang montel, Fika.




Si comel Fika dengan ibunya, Ana...

Ahad; 8.30 pagi hingga 11.30 pagi kursus haji di Masjid Datuk Bentara Luar. Seusai kursus, cari2 kedai menjual asam pedas...Oh, kedai asam pedas di bekas panggung wayang Odeon.... 2 potong ikan pari dan 2 potong ikan merah, urap, dan tauhu campur...Alhamdulillah, selesai menu tengah hari ni...

Ahad; 2.30 petang, menghantar Aiman pulang ke asrama di SMS JOhor. Ops! Rambutnya dah panjang! Tak sempat nak digunting di kedai Tajmahal kegemarannya... Tapi tak mengapa Aiman,..Ayah tukang gunting handalan di Taman Ros...hahaha! Jadi, di depan Supermarket Super One Kluang, operasi menggunting rambut Aiman pun bermula.....








Dah siap...Hasil sentuhan tukang gunting Tajmurah....Ops, Tajfree...

Dah selesai menghantar Aiman, kami pun pulang.... Tiba-tiba, saya terdengar bunyi angin yang halus dari luar tingkap... Lepas tu kedengaran bunyi geduk geduk geduk..... Pergerakan kereta ada sangkut-sangkut daaa...!Rupa-rupanya, tayar kereta pancit! Kesian my hubby, berpeluh-peluh menukar tayar. Saya jadi tukang kipas...Walaupun hari dah petang (pukul 5.00 ptg), masih terasa bahangnya... Nasib baiklah baby Fika tak meragam. Diam sahaja dia. Pukul 5.40, selesailah kerja-kerja menukar tayar oleh mekanik tak terlatih tu...hahaha! Kesian abang....






Mekanik Mustaffa sedang memutar skru tayar.

Alhamdulillah, akhirnya, pukul 6.40 petang, kami sampai juga di rumah. Macam-macam peristiwa yang terjadi hujung minggu kali ini. Tak mengapalah, yang penting, semuanya selamat. Syukur...



Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews