15 May, 2012

Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum!
Selamat Hari Guru!
"Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kami...."
Esok, 16 Mei 2012 akan bergema lagu "Kami Guru Malaysia" di seluruh negara. Sebagai salah seorang daripada lebih kurang 410 ribu orang guru, kehangatan sambutan ini bagi saya dah tak terasa hangatnya... Suam-suam kuku sahaja kot... 'Selera' untuk menyambutnya dah hilang dek pelbagai isu  keguruan yang menyenakkan perut...Isy3! Kesiaaaan...! Tapi, tapi....semangat untuk mendidik masih terus menyala dan membara!!! Insya-Allah...

Hari ni, adalah cerita sikit nak saya kongsikan.....
Sempena Karnival Pendidikan peringkat daerah, ada pertandingan membaca berita.... Maka, saya pun ditugaskan untuk memilih , melatih dan menghantar pelajar ke pertandingan tersebut. Saya pun akur. 'Kecil punya hal!' haha!
Keputusannya, Alhamdulillah, salah seorang daripada pelajar yang mengambil bahagian tu dapat naib johan. Tahniah Balqis! Tahniah juga buat Huda. Kalian memang murid yang baik dan berbakat.:))  Rasa hati nak ambil gambar banyak sikit dan nak rakam video masa mereka menyampaikan berita, tapi, telefon pula dah kehabisan bateri! Nak jadi cerita, kata orang... Hasilnya, ini sahajalah gambar yang sempat dirakamkan sebelum bateri hp saya 'kong'. :))

Balqis sedang membaca berita.

Nurul Huda...

Menunggu pengumuman untuk tempat 1,2 dan 3.

Peserta dengan hadiah dan sagu hati masing2...

13 May, 2012

Sakit Itu Ujian...


Assalamualaikum.
Kalau dah jatuh sakit, buat apa-apapun tak boleh!
Mujurlah boleh tidur...Alhamdulillah.
Dan pagi ini, dengan izin dan kasih sayang-Nya, saya pulih seperti biasa.
Allah masih sayangkan saya. Allah beri pinjam nyawa lagi pada diri ini...
Ya Allah...Ampunlah aku, terimalah taubatku, dan kasihanilah aku...
Terima kasih Ya Allah....:)
Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews