18 February, 2011

INI BUKAN COBAAAN.....

ASSALAMUALAIKUM...


Akhirnya, (baru nak mula menaip, dah akhirnya....Guane mu? :))
Ya, akhirnya, akan tinggallah saya dan suami berdua di rumah... Buat masa ini masih bertiga kerana Hadi masih menunggu keputusan SPMnya.. Anak2 yang lain menyambung pelajaran di pelbagai tempat.
Pada 7 Februari yang lalu, Muhammad Asyraf menyambung pelajaran tingkatan 4 di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin. Air mata seorang ibu pun gugur ke bumi Hang Tuah...
Muhammad meneliti borang2 ysng perlu dilengkapkan...
Amboi, sukanya dia!
Muhammad berbaris untuk mendapatkan nombor giliran...
Dah siap kemas katil....
Aik, apa buat duduk di dalam almari tu Mak cik? he2!
Mengalas 'locker' Muhammad...


Pada 16 Februari yang lalu, dua orang lagi anakku meninggalkan rumah... Huhu! Sedihnya!  
Aiman mendapat tawaran ke tingkatan 1 di SM Sains Johor, Kluang. Pada sebelah paginya, urusan mendaftarkan Aiman terpaksa dilakukan dengan segera kerana hendak mengejar masa . Pada kebiasaaannya, selepas mendaftarkan anak2 , aku dan suami akan membawa mereka ke banda yang berdekatan untuk membeli mana2 barang yang belum mencukupi. Tapi nampakanya, so bongsuku ini terpaksa ditinggalkan seusai majlis pendaftaran kerana mahu menghantar Syuhada ke KLIA. Kami perlu sampai sebelum pukul 5.00 petang. Bayangkanlah betapa terkejar2nya aku dan suami ketika itu.
Pemeriksaan Tak Mengejut oleh ayahnya...
Dorm Aiman..
Dah siap kemas katil, dia baring2 pula...Aiman, Aiman...!



Selepas ini, berita di KLIA pula ya... TUNGGUUU!!!!

No comments:

Post a Comment

Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews