04 April, 2011

Hujung Minggu yang Bersejarah

        Hari Jumaat: Pukul 1.10 tengah hari, saya, suami dan Hadi memulakan perjalanan ke Kluang . Nak mengambil si bongsu yang bertuah, Aiman. Dalam perjalanan, dua lelaki yang disayang itu berhenti di masjid untuk bersolat Jumaat.

Sabtu : 1.00 tengah hari ke MRSM TGB Jasin, Melaka. Aiman ikut. Hadi tinggal. Jadi kami bertiga. Ambil Asyraf, nak pekena cendol pulut, dah habis...Dapatlah cendol campur krim jagung dan kacang merah. Alhamdulillah...Gedebak-gedebuk di sana sampai pukul 4.30 petang, balik ke BP.
Asyraf menunggu cendol sambil membaca akhbar...
Tiba-tiba, adik dari Shah Alam call...Nak datang ke rumah. Alhamdulillah, ada tetamu di rumah kami hujung minggu kali ini. Ok. silakan datang Ana...

Pukul 6.00 ptg, kami singgah di warung. Makan malam sebab perut dah berkeroncong... Peristiwa tidak dapat dilupakan...banyaknya lalat, hinggakan lalat besar yang  hijau tu pun ada...Ok, lupakanlah....!

Malam Ahad, pukul 10.00 malam, Ana dan suami serta dua anaknya datang. Allah, tiga nasi goreng kampung yang dibeli hanya cukup untuk dua orang! Apa lagi, operasi memasak pun bermula.. Ada sambal udang, ayam goreng, telur dadar dan telur masin. Sayur tak ada pulak dalam peti ais... Tetamu makan pukul 11.00 malam...Maaf, maaf, maaf...Tp, Alhamdulillah depa makan dengan berselera... Saya pula menjaga si kecil yang montel, Fika.




Si comel Fika dengan ibunya, Ana...

Ahad; 8.30 pagi hingga 11.30 pagi kursus haji di Masjid Datuk Bentara Luar. Seusai kursus, cari2 kedai menjual asam pedas...Oh, kedai asam pedas di bekas panggung wayang Odeon.... 2 potong ikan pari dan 2 potong ikan merah, urap, dan tauhu campur...Alhamdulillah, selesai menu tengah hari ni...

Ahad; 2.30 petang, menghantar Aiman pulang ke asrama di SMS JOhor. Ops! Rambutnya dah panjang! Tak sempat nak digunting di kedai Tajmahal kegemarannya... Tapi tak mengapa Aiman,..Ayah tukang gunting handalan di Taman Ros...hahaha! Jadi, di depan Supermarket Super One Kluang, operasi menggunting rambut Aiman pun bermula.....








Dah siap...Hasil sentuhan tukang gunting Tajmurah....Ops, Tajfree...

Dah selesai menghantar Aiman, kami pun pulang.... Tiba-tiba, saya terdengar bunyi angin yang halus dari luar tingkap... Lepas tu kedengaran bunyi geduk geduk geduk..... Pergerakan kereta ada sangkut-sangkut daaa...!Rupa-rupanya, tayar kereta pancit! Kesian my hubby, berpeluh-peluh menukar tayar. Saya jadi tukang kipas...Walaupun hari dah petang (pukul 5.00 ptg), masih terasa bahangnya... Nasib baiklah baby Fika tak meragam. Diam sahaja dia. Pukul 5.40, selesailah kerja-kerja menukar tayar oleh mekanik tak terlatih tu...hahaha! Kesian abang....






Mekanik Mustaffa sedang memutar skru tayar.

Alhamdulillah, akhirnya, pukul 6.40 petang, kami sampai juga di rumah. Macam-macam peristiwa yang terjadi hujung minggu kali ini. Tak mengapalah, yang penting, semuanya selamat. Syukur...



2 comments:

  1. Ya... memang bersejarah.. tak pasal2 tayar bocor! Pulaknya skru sangat ketat - nasib baik ada idea pijak dengan kaki... Masa tu pula rasa penat yang amat sangat> tetapi berkat kesungguhan dan ketenangan, dapat dibereskan dalam setengah jam!!

    ReplyDelete
  2. idea siapalah tu ya....? Kalaulah idea pijak tu tak timbul, tak tahulah sampai pukul berapa kena memusing skru tu...:))

    ReplyDelete

Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews