02 May, 2011

Menyusuri Kuala Sungai Batu Pahat @ Minyak Beku..

Saya dan suami. Juga ada Purnama dan Along, adik Mala
Pantai  Minyak Beku  selalu sahaja menjadi contoh murid-murid saya jika berbincang tentang  destinasi pelancongan di Malaysia. Apa yang menariknya tentang pantai Minyak Beku ini? Tak kenal maka tak cinta…

Inilah pantainya.... Oh, Pantai Minyak Beku!
Rupa-rupanya cantik juga pantai MB ni… Perancang pertemuan keluarga, Abg Ishak dan Kak Mai telah ‘membawa’ saya sekeluarga ke situ. Hasrat mereka sungguh murni iaitu mahu membawa ibu mertua saya, bonda Asmah dan pembantu rumahnya, Purnama makan angin.
Bagi suami saya, tempat ini bukanlah asing baginya, tetapi bagi saya, inilah kali pertama sampai di situ.

Kak Mai sekeluarga dah pun sampai dan dah menempah sebuah meja untuk meletak makanan. Di kerusi, kelihatan emak mertua saya . Tak lama kemudian, datang pula adik ipar saya, Lili dan keluara serta Mat dan emak mertua serta ipar duainya. Keseluruhanna, ada 7 keluarga berhimpun di situ. Ramai dan meriah sungguh!
Apa berita yang menarik tu Cik Mat?

Omar, suami Lili dan Solehah
Amboi, sukanya Asyraf dengan Cik Lilinya...

Ibu Mertuaku (kanan) dan birasnya, Mak Wa


Orang kuat...Kak Mai menyediakan hot dog

Mereka nak naik bot pula! Oklah, boleh je, RM10 setiap seorang dan bagi yang kurang drp 4’, separuh harga, tapi cucu2 mak mertua saya semuanya dah tinggi.. Jadi, satu bot,  12 orang = RM120.00. Entah macam mana, abang Sahak diberi naik secara percuma oleh pemilik syarikat pengusaha tu…Rezeki jangan ditolak!
Sepupu-sepupu bergambar kenangan...


Bergambar di buritan bot..

Aiman pegang tiang, takut jatuh ya? 

Manjanya Soleha dengan Haziq...

Perjalanan menyusuri kuala  sungai Batu Pahat itu memakan masa selama 25 minit. Apek yang memandu bot  menerangkan lokasi yang kami lalui dengan sebutannya yang pelat tapi masih difahami.

Aiman ketawakan apa tu?

Kampung di tepi pantai Minyak Beku

Rumah api tinggalan British..

Pulau Sialu, Minyak Beku

Memang seronok pertemuan keluarga ini dan saya harap pertemuan sebegini dapat diadakan lagi. Mungkin tambah seronok jika  semua anak dan cucu ibu mertua saya ada,  Pasti suasana gamat dengan usik-mengusik, terutamanya abang suami yang sulong, abang Rosdi yang suka bergurau...

6 comments:

  1. best nye.. nk join gak. dh lame xjalan2 mkn angin terutama nye dgn nendaku terchenta~~~

    ReplyDelete
  2. Siapa my home ni? Baiti ke Tati ni? Ah, tak kisahlah ya, yang pasti ni mesti cucu nenek, kan? Tak apa, nanti kalau balik ke kampung, boleh kita bawa nenek pergi jalan2 makan angin lagi...

    ReplyDelete
  3. wahhh cikgu ,berjalan ye. bestnya :)

    ReplyDelete
  4. ek eleh...Rafikah, awak pun berjalan sambil makan angin, kan...? he2!

    ReplyDelete
  5. cikgu ani, pantai ni dulu saya pernah buat kajian geografi masa tingkatan 2 rasanya. wah dah berubah nampaknya tempat ni..

    ReplyDelete
  6. cikgu Khairul, ye ke?Memang dah jauh berubah, dah cantik skrg. Klau sekolah saya skrg, depa tak pi sini, tp pergi ke Tg Piai. Tiap2 tahun Persatuan Geo/ Pencinta Alam sek. saya pergi ke Tg Piai tu..
    .

    ReplyDelete

Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews