Bukan mengeluh, tapi sekadar menceritakan...haha!
Memang penat sungguh hari ini dan sejak kebelakangan ini...
Kemuncak penatnya hari ini...
Ok, saya mulakan cerita...
Tengah malam tadi, kira2 pukul 12 tengah malam hinggalah hampir ke pukul 1 pagi
saya membersihkan bilik anak dara saya berdua tu daripada bau busuk yang datangnya
daripada kucing Garfiield jiran yang cedera teruk kakinya , menginap di bilik mereka. Tak sedar
pula bila masa masuknya...Baunya, Masya-Allah!!!! Jadi, saya pun simbah Ajax Fabuloso terus ke atas lantai dan beroperasi mengemop beberapa kali kala tengah2 malam, ketika insan lena diulit mimpi.
Hari persekolahan, juga memenatkan hari ini.
Pertama, penat marah. Marah kepada seorang / dua pelajar yang kurang sopan semasa P&P saya.
Kedua, penat kerana pulun mengemaskinikan fail ULBS. Inilah yang dikatakan orang, 'nak berak
barulah gali lubang' ha2! Hari Isnin ini bagaikan saya yang akan dipantau oleh Pentaksir Kawasan itu..:)
Ketiga, tambah penat lagi sampai tak bermaya rasanya kerana memantau latihan peserta
ke pertandingan Pengucapan Berirama untuk hari Sabtu nanti.
Pelajar sedang berlatih di dewan sekolah |
Sudahnya, saya balik ke rumah pukul 6.45 petang. Keluar pagi tadi 6.45 pagi. Kiralah berapa jam...
Ingat ya...kisah ini bukan rungutan, tapi sekadar perkongsian perasaan...he2!
Ini hanyalah selingkar kisah
seorang pendidik di sebuah sekolah
walaupun banyak tugas menadah,
semuanya dianggap ibadah,
pahalanya bertambah-tambah...
ada lagi ganjaran daripada Allah...
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment