Assalamualaikum!
Selamat Hari Guru!"Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kami...."
Esok, 16 Mei 2012 akan bergema lagu "Kami Guru Malaysia" di seluruh negara. Sebagai salah seorang daripada lebih kurang 410 ribu orang guru, kehangatan sambutan ini bagi saya dah tak terasa hangatnya... Suam-suam kuku sahaja kot... 'Selera' untuk menyambutnya dah hilang dek pelbagai isu keguruan yang menyenakkan perut...Isy3! Kesiaaaan...! Tapi, tapi....semangat untuk mendidik masih terus menyala dan membara!!! Insya-Allah...
Hari ni, adalah cerita sikit nak saya kongsikan.....
Sempena Karnival Pendidikan peringkat daerah, ada pertandingan membaca berita.... Maka, saya pun ditugaskan untuk memilih , melatih dan menghantar pelajar ke pertandingan tersebut. Saya pun akur. 'Kecil punya hal!' haha!
Keputusannya, Alhamdulillah, salah seorang daripada pelajar yang mengambil bahagian tu dapat naib johan. Tahniah Balqis! Tahniah juga buat Huda. Kalian memang murid yang baik dan berbakat.:)) Rasa hati nak ambil gambar banyak sikit dan nak rakam video masa mereka menyampaikan berita, tapi, telefon pula dah kehabisan bateri! Nak jadi cerita, kata orang... Hasilnya, ini sahajalah gambar yang sempat dirakamkan sebelum bateri hp saya 'kong'. :))
Balqis sedang membaca berita. |
Nurul Huda... |
Menunggu pengumuman untuk tempat 1,2 dan 3. |
Peserta dengan hadiah dan sagu hati masing2... |
No comments:
Post a Comment