24 September, 2013

MALANG TAK BERBAU...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Benarlah malang tak berbau. Jika dapat dihidu baunya, tentulah perjalanan pada 31 Ogos 2013 itu sudah dibatalkan awal-awal. Hakikatnya,  qada' dan qadar Allah, tiada sesiapa dapat melawannya. Maka pada 4.15 petang itu, dalam perjalanan ke asrama SMSains Kluang untuk melawat anak bongsu saya, Aiman, ketika hujan renyai-renyai, berlakulah perlanggaran itu, Akibat kecemderaan saya agak teruk, saya ditahan di wad Hospital Kluang. Suami saya menerima lapan jahitan di tangan kiri , sakit pada lutut dan tulang rusuk manakala anak kedua saya sakit pada bahagian pinggang. Alhamdulillah, anak sulung saya cedera ringan dan dialah yang sibuk ke sana ke mari dan menelefon orang itu dan orang ini....

Saya tak dapat lupakan jasa ramai orang.. Pertama, pengguna2 jalan raya.. Ada yang memayungkan saya yang terbaring di atas rumput, ada yang memicit2 kaki, memberi kata2 semangat, dan dalam keadaan kelam- kabut itu, ada seorang lelaki yang mengingatkan anak saya supaya mengambil barang2 berharga dari dalam kereta kami.Tak terhenti di situ, beberapa minit kemudian, terdengar siren ambulans - ada yang prihatin menelefon pihak berkenaan dengan kadar yang segera.. Di hospital pula, kemunculan awal cikgu Mohd Khamsudin, rakan sekerja suami yang membantu pengurusan kemasukan saya ke wad, kemudian menyusul pula ahli keluarga sebelah suami dan saya, benar2 menyebabkan kami rasa terhutang budi. Terharunya rasa... Moga Allah membalas kebaikan mereka semua.

Saya hanya berada di Hospital Kluang (Hospital Enche'  Besar Hajjah Khalsom) selama dua hari. Hari yang berikutnya  saya berpindah ke Hospital Batu Pahat (Hospital Sultanah Nora Ismail). Semasa di hospital Kluang, pengalaman kaki disimen memang tidak dapat saya lupakan. Ketika simen mula mengeras, seluruh kaki yang disimen terasa seolah2 dilumur dengan cili..pijar! Rasanya dalam 10 minit ...fuh, tak tahan! Di Batu Pahat simen dibuka oleh sebab saya akan dibedah tidak lama lagi. Tak sempat nak rasa gatallah pulak...haha!

Pembedahan lutut saya dilakukan pada 3 September 2013 (Selasa). Alhamdulillah..tak perlu menunggu lama. Terima kasih kepada semua ahli keluarga terutamanya Abang Sahak dan Kak Mai, Lily dan Omar, Kak Liza dan Abg Yusof dan lain-lain yang  tak putus2 memberikan sokongan, bantuan dan motivasi. Terima kasih...terima kasih..

Saya mula diarahkan berpuasa pada pukul 1 pagi tetapi saya dah berhenti makan pada pukul 11.30 malam. Penantian suatu siksaan...Perut pun dah berkeroncong...panggilan masuk ke dewan pembedahan tak kunjung tiba..Akhirnya, pukul 4.00 petang saya ditolak ke dwn bedah...Saya dibius separuh badan. Pukul 6.18 petang, pembedahan selesai. Terima kasih Dr. Huzairi dan rakan2 doktor beliau yang lain yg menjalankan pembedahan ini.

Di wad, lepas dibedah, ubat bius dah habis kuasanya, saya terasa amat sakit. Satu, di bahagian belakang, bahu yang patah. Kedua, di kepala lutut yang dibedah..Ya Allah...sakitnya.....Moga terhapuslah dosa2ku saat itu... Suami dan anak2 balik ke rumah pula kerana menjangkakan pembedahan selama 4 jam. Apa ikhtiar saya? Telefon bimbit tiada bersama. Alat kawalan untuk memanggil jururawat pun tak diletakkan di sebelah saya... .Saya capai gagang telefon di meja beroda di sebelah katil saya setelah mengengsot...minta ubat tahan sakit daripada jururawat  (lelaki) yang bertugas.. Lega.. Pengalaman - terlalu mahal harganya!

Oklah...cukuplah sampai di sini cerita saya... Kita tengok gambar pula...


Panorama dari jendela kamar 28 wad 6A

Hadi  dan Wahida (tiada dlm gambar) yang menjaga saya siang dan malam..
Antara menu yang disediakan...

Bubur kacang..,buat pertama kalinya...makanan licin! 

Menu tengah hari..
                                         
Sejuk...
Menonton...
Tangan kiri memakai anduh...
Antara yang datang melawat (yang teringat nak bergambar..)

Murid2  ting. 5C dan 5D

Kak Teh dan anak2 (surprise!!!)

Murid 5A (Ada lagi yang lain, tapi dah balik...)
Lagi..5D..di rumah pula

Rakan FB, Linda dan anakandanya, Alisha dan Asma..

Tinggal kenangan...



No comments:

Post a Comment

Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews