25 August, 2009
SELAMAT BERPUASA
Hari ini hari yang keempat umat Islam berpuasa. Puasa menduga keimanan kita. Tahap kesabaran kita juga diuji. Banyakkanlah berdoa kerana dengan doa, segala yang akal kita kata tak mungkin terjadi, akan berlaku dengan kehendak-Nya. Banyakkan beramal kerana pahalanya digandakan pada bulan ini. Meriahkan rumahmu dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Isi malammu dengan solat tarawikh dan mencuba bangun pada sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat yang lain. Manalah tahu, kut-kut dapat pula bertemu dengan malam lailatul qadar... Terus berharap. Bersedekahlah kepada mereka yang memerlukannya. Wahai diri, lakukanlah semua itu.... Insya-Allah.
28 May, 2009
UMRAHKU KERANA-MU
3 Jun ini akan berangkatlah saya ke tanah suci Makkah bagi menunaikan umrah bersama-sama suami tercinta. 5 permata hati ditinggalkan di bawah jagaan dan perlindunganNya. Tawakkal.
Perasaan ini bercampur baur; takut, teruja, berdebar... Selalunya cerita didengar daripada rakan yang kembali daripada mengerjakan haji atau umrah ataupun daripada pembacaan buku, kitab, internet dan menonton rancangan yang berkaitan di televisyen. Beberapa hari lagi saya sendiri yang akan bercerita pula. Cerita kepadaNya. Mengadu kepadaNya. Meminta daripadaNya. Total. Ya Allah, Kau redailah perjalanan ini. Akulah tetamuMu, Rabbi...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tinggal Kenangan...
Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...