13 January, 2011

FIKIR-FIKIRKANLAH...

Hari ini ada latihan rumah sukan. Rasa letihlah juga. Hmmm, tak mengapa, Khamis depan dapat cuti- Thaipusam. Dalam bulan Januari ini, warga pekerja /penuntut di Johor dapatlah dua kali cuti. Kali pertama pada 11 Januari yang lalu kerana Hari Hol Almarhum Sultan Ismail (bagi negeri Johor sahaja). Walaupun cuti akhir tahun baru 2 minggu berlalu, cuti dua hari ini sungguh berharga. Bukannya apa, awal tahun begini, banyak dokumen perlu disediakan serta disiapkan. Sebagai guru kelas, macam2 borang yang perlu dilengkapkan sama ada secara bertulis atau bertaip. Tak siap siang, dibawa ke malam. Tak siap malam, bangun sebelum subuh untuk menyiapkan tugasan khususnya bagi yang betul2 komited terhadap tugas. Sebenarnya , terlalu banyak lagi kerja rutin yang kalau disenaraikan di sini, mengundang cemuhan dan cebikan bibir mereka yang  SENGAJA tidak mahu memahami. Cuti bagi kaum guru, dicemburui. Berilah ruang kepada para pendidik untuk merehatkan diri dan minda. Yang hendak dididik, siapa? Yang hendak dijadikan 'manusia' , siapa? Fikir2kanlah...

30 December, 2010

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB 2011


Tanggal 27 Disember 2010 menjadi detik penting bagi warga pendidik. Pada hari ini, kebanyakan sekolah di Malaysia mengadakan mesyuarat pertama bagi sesi persekolahan 2011 yang akan bermula pada 3 Januari 2011 nanti. Begitulah juga halnya dengan sekolah tempat saya berkhidmat, SMK Tun Aminah. 87 orang guru mendapat tugas masing-masing. Ada yang mengatakan tugasannya berat dan ada yang kata ringan..Hmmm...bagi saya, nampaknya boleh tahan... Lumayan juga deh..!


Inilah gambar dokumen yang memuatkan bidang tugas kami, warga SMKTA. Cantik. Menarik. Saya tertarik. :)) Selamat bertugas. Tanamkan keikhlasan di jiwa. Moga di tangan kami, akan lahirlah modal insan yang cemerlang akademiknya dan terpuji sahsiahnya.
Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews