02 May, 2011

Menyusuri Kuala Sungai Batu Pahat @ Minyak Beku..

Saya dan suami. Juga ada Purnama dan Along, adik Mala
Pantai  Minyak Beku  selalu sahaja menjadi contoh murid-murid saya jika berbincang tentang  destinasi pelancongan di Malaysia. Apa yang menariknya tentang pantai Minyak Beku ini? Tak kenal maka tak cinta…

Inilah pantainya.... Oh, Pantai Minyak Beku!
Rupa-rupanya cantik juga pantai MB ni… Perancang pertemuan keluarga, Abg Ishak dan Kak Mai telah ‘membawa’ saya sekeluarga ke situ. Hasrat mereka sungguh murni iaitu mahu membawa ibu mertua saya, bonda Asmah dan pembantu rumahnya, Purnama makan angin.
Bagi suami saya, tempat ini bukanlah asing baginya, tetapi bagi saya, inilah kali pertama sampai di situ.

Kak Mai sekeluarga dah pun sampai dan dah menempah sebuah meja untuk meletak makanan. Di kerusi, kelihatan emak mertua saya . Tak lama kemudian, datang pula adik ipar saya, Lili dan keluara serta Mat dan emak mertua serta ipar duainya. Keseluruhanna, ada 7 keluarga berhimpun di situ. Ramai dan meriah sungguh!
Apa berita yang menarik tu Cik Mat?

Omar, suami Lili dan Solehah
Amboi, sukanya Asyraf dengan Cik Lilinya...

Ibu Mertuaku (kanan) dan birasnya, Mak Wa


Orang kuat...Kak Mai menyediakan hot dog

Mereka nak naik bot pula! Oklah, boleh je, RM10 setiap seorang dan bagi yang kurang drp 4’, separuh harga, tapi cucu2 mak mertua saya semuanya dah tinggi.. Jadi, satu bot,  12 orang = RM120.00. Entah macam mana, abang Sahak diberi naik secara percuma oleh pemilik syarikat pengusaha tu…Rezeki jangan ditolak!
Sepupu-sepupu bergambar kenangan...


Bergambar di buritan bot..

Aiman pegang tiang, takut jatuh ya? 

Manjanya Soleha dengan Haziq...

Perjalanan menyusuri kuala  sungai Batu Pahat itu memakan masa selama 25 minit. Apek yang memandu bot  menerangkan lokasi yang kami lalui dengan sebutannya yang pelat tapi masih difahami.

Aiman ketawakan apa tu?

Kampung di tepi pantai Minyak Beku

Rumah api tinggalan British..

Pulau Sialu, Minyak Beku

Memang seronok pertemuan keluarga ini dan saya harap pertemuan sebegini dapat diadakan lagi. Mungkin tambah seronok jika  semua anak dan cucu ibu mertua saya ada,  Pasti suasana gamat dengan usik-mengusik, terutamanya abang suami yang sulong, abang Rosdi yang suka bergurau...

30 April, 2011

BUKIT MERAH DAN UTP...



Assalamualaikum.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas saya mengetuai lawatan sambil belajar para pemimpin muda sekolah saya ini. Inilah program rutin Lembaga Pengawas. Kali ini mereka saya bawa ke negeri Perak Darul Ridzuan. Destinasi pilihan ialah Bukit Merah Laketown Resort di Taiping dan Universiti Teknologi Petronas di Tronoh. Bukit Merah saya pilih setelah saya agak berpuas hati semasa bercuti di sana bersama2 keluarga. Pemilihan UTP pula kerana institusi ini yang 'paling' hampir dengan BMLTR di samping kemasyhurannya sebagai salah sebuah IPTS berkualiti di Malaysia.
     Bas Din Jelutong meninggalkan pekarangan sekolah hampir pukul 10 malam. Pelajar telah saya ingatkan supaya sampai sebelum atau tepat pada pukul 9.30 malam. Pengawas memang menepati masa. Tahniah! Kami sampai di R&R yang berhampiran dengan BMLTR agak awal. Belum masuk waktu Subuh lagi... Tak mengapa, bolehlah berehat setelah melalui perjalanan yang agak lama dan tidur dalam keadaan yang tidak selesa. Terlentok kepala ke kiri dan ke kanan. Fuh, lenguh!
    Semasa sampai di BMLTR, pejabat belum beroperasi lagi. Menunggu lagi.... Tak Mengapa kan? Dapat menyedut udara pagi yang segar.... Pukul 8.45 barulah saya dapat berurusan dengan pihak BMTLTR ; masing2 dapatlah 'gelang'. Mula2 ke Pulau Orang Utan. Seronok nampaknya para pengawas saya tu...Maklumlah, dapat melihat secara 'live' habitat orang Utan. 'Comel' sungguh Sarah! :))

Selamat datang ke Pulau Orang Utan!

Gelagat anak Orang Utan ini agak melekakan kami....

Menyusu.... (Gambar Poster)
Seterusnya, ke Ecopark. Ini pun menarik. Banyak jenis haiwan terdapat di sini. Cuma yang kurang menariknya ialah kena berjalan agak jauh di dalam kawasan 'hutan' tersebut dan cuaca agak panas menyebabkan rasa kurang selesa. Namun, keseronokan mengembara jelas terpancar di wajah para pengawas. Ada pertunjukan haiwan yang menghiburkan pula tu... Pengalaman bergambar dan 'membelai' ular sawa pastinya tak dapat dilupakan oleh mereka
    Keesokannya, selepas menikmati sarapan dengan santainya, BMLTR pun ditinggalkan...  Universiti Teknologi Petronas destinasi terakhir. Canggih, sungguh canggih! Yang paling memukau pandangan tentunya perpustakaan UTP. Rak buku bertingkat2,  sangat tinggi, reka bentuknya moden seolah2 saya berada di perpustakaan  luar negara....


Bersarapan di Suria Service Dpmnt. Hotel, Bukit Merah


Berhenti makan,....SNAP!!!!!



Perpustakaan UTP yang memukau pandangan....

Kaunter Pinjaman dan Pemulangan Buku

Nak bergaya juga...!

Kira-kira pukul 2.00 petang, kampus UTP ditinggalkan Batu Pahat sudah terbayang di ruang mata.... Tapi, tanpa diduga, hujan tidak, panas pun tidak, saya dikejutkan dengan jeritan pengawas yang duduk di bahagian belakang bas.
 "Cikgu, ada bau !"
 "Bau apa?"
 "Bau hangit, cikgu!"
Saya pun terus memberitahu pemandu . Kata pemandu, "Oh, tak ada apa2...."
Tiba-tiba, mereka menjerit lagi, lebih kuat.

 "Cikgu, ada asap!!!"
 "Ha.....???"
Apalagi, kelam-kabutlah pemandu memberhentikan basnya. Lalu, pemandangan yang biasa saya saksikan di lebuh raya ketika bas rosak, saya, guru2 dan pelajar2 saya alami pula.... Kenangan demi kenangan.... Alhamdulillah, pemandu dan kelindannya mahir pula membaiki kerosakan. Akhirnya, sampai juga kami di pekarangan SMKTA pada pukul 11.30 malam...
Panik ke? Taklaaaah....!!!

Encik Apai dan pembantunya gigih membaiki kerosakan...

Jeff, Fzah, Adibah dan anak2. Fizah, Senyummm!!!!







Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews