25 January, 2011

ALHAMDULILLAH...

2010 mencatatkan kenangan manis buat keluarga En. Mustaffa dan isterinya...he2! Sayalah isterinya tu...Satu persatu berita gembira kami terima. Pertama, kejayaan Aiman mendapat 5A dalam UPSRnya dan kemudian diikuti oleh Muhammad Asyraf yang mendapat 8A dalam PMR. Syukur ya Allah atas kecemerlangan anak2ku itu. Kejayaan kakak2 dan abangnya diteruskan oleh mereka.





Aiman (duduk, kanan sekali) sedang menikmati kegembiraan bersama-sama rakannya





Aku dan Asyraf selepas mengambil keputusan PMR


23 Januari 2011, apabila disemak keputusan kemasukan Asyraf ke tingkatan empat MRSM, khabar gembira kuterima. Asyraf berjaya dalam permohonannya itu.Alhamdulillah...


16 Februari 2011, Insya-Allah, Angah (Syuhada) pula akan 'terbang' ke New Zealand kerana mengikuti program berkembar (TESL) dengan Universiti Auckland.



Angah (Syuhada, berbaju putih), aku dan Wahida (K.Long)


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (ayat drp surah Ar-Rahmaan)


Ya Allah, sesungguhnya aku benar2 mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan...Terima kasih Ya Allah..Dan moga2, anak2ku bukan sahaja cemerlang di dunia, malah di akhirat jua...Moga kalian menjadi anak2 yang soleh dan solehah.. Perkenankanlah doaku Ya Allah....


2 comments:

  1. Ya... Syukur kepada-Nya atas kejayaan mereka.. Jika tahun lalu kita kerah dan marah mereka, kita berdoa semoga mereka berjaya - awal tahun ini membawa khabar gembira... Syukur seribu syukur!

    ReplyDelete

Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews