09 April, 2011

4GB atau 8GB?

Assalamualaikum...
Alkisah...Maka tersebutlah kisah seorang wanita yang baru pulang daripada membeli barangan di sebuah pasar raya yang terkenal di daerah BP. Tak lain tak bukan, pasar raya itu, BPMall namanya... Adapun, wanita itu, yang namanya bermula dengan huruf T, telah membeli suatu barang. Semasa membeli, telah dinyatatakan dengan jelas spesifikasi barangan yang dikehendakinya kepada si penjual. Si penjual itu pun, angguk-angguk tanda faham dan wanita itu angguk-angguk tanda setuju. Maka berlakulah urusan jual beli yang disaksikan oleh juruwang yang berbaju t kuning, rambut berikat dua dan bercermin mata itu. Barang itu pun dimasukkan ke dalam beg tangannya. Almaklum, hari Sabtu ialah hari tanpa beg plastik di pasar raya berkenaan.
    Sesampai di rumah, alangkah terkejutnya wanita itu kerana barang yang dibelinya bukan seperti yang dihajatinya. Kasihan dia!  Inilah barangnya...






Hahaha! Padan muka saya! Nak beli yang 4GB dapat yang 8GB . Habis, camno?
Harga yang 4GB hanya RM60, tetapi yang 8GB RM119. Jauh bezanya tuuuu...! Saya pula bayar RM60 sebab saya hendak beli yang 4GB. Si penjual tu cuai dan saya pun cuai! hahaha! Ketawalah lagi....
Kenalah pergi semula ke BPMall untuk menukarnya... Leceh memang leceh, tetapi biarlah berleceh-leceh dahulu, bersenang-senang kemudian... Berdosa ambil barang yang bukan hak kita...
Pengajarannya, kenalah lebih berhati-hati apabila membeli apa-apa barangan atau perkhidmatan sekalipun.
Mujurlah BPMall itu dekat sahaja dengan rumah saya, kalau jauh.... Hmmm....kenalah fikir sendiri ya ....

4 comments:

  1. haha kasihan. :D

    anyway rajin gila tukar layout blog mama uiks. rasa macam setiap kali visit this blog, setiap kali itulah bertukar wajah! ;p

    ReplyDelete
  2. yesss my dear... Itulah selera ibu kamooo....heheh2! Kak Long plk tetap setia dengan keorenannya ya? Minggu depan cikgu2 STA kena pakai baju dan tudung oren utk penggambran majalah sekolah... Mesti kak Long suka...

    ReplyDelete
  3. 4Gb ka.. 2GB ka - itu bisa ditukar.. kerana GB tu benda, bukan Guru Besar! tak sangka isu GB menjadi fokus di sini! hahaha

    ReplyDelete
  4. Ala bang... GB @ guru besar pun boleh ditukar, tapi bukan kita yg tukar, sebaliknya oleh orang lainlah...
    Isu GB sengaja diketengahkan untuk mengingatkan saya supaya lebih berhati2 apabila membeli sesuatu... Kalau tidak siapa yg susah? Abang jugak...haha!

    ReplyDelete

Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews