05 August, 2011

MENGANTUK TAHAP KRONIK....







Asaalamualaikum.
Kalau baca tajuk tu, boleh agak tak masa bila keadaan sebegitu wujud? 
Mengantuknya, ya Allah, tak dapat ditahan-tahan! Pelbagai usaha dan kaedah telah dijalankan, tapi semuanya gagal... Penyelesaiannya, apa lagi, tidurlah....!  Tapi, kalau nak tidurpun, tengoklah kesesuaian situasi....

Ok, berbalik kepada soalan pertama, bila masanya? Kalau saya, sebagai guru, yang paling saya mengantuk ialah semasa menjaga kelas peperiksaan. Masa mengajar tak sempat nak mengantuk, semua anggota jaga.
Tapi kalau masa pelajar menjawab soalan ujian @ peperiksaan, itulah saatnya yang paling mencabar. Buatlah apa-apa sahaja untuk mengatasinya, tetap tak berjaya! Akhirnya...Hey, jangan kata saya tidur! Saya tak tidur di kelas, saya tetap akan melawan....Saya bukan seperti cikgu Shaari ya! haha!

Situasi lain, masa saya menghadiri kursus ketatanegaraan (BTN) di Kota Tinggi pada tahun 2004. Ceramah yang disampaikan gagal menarik minat dan tumpuan saya. Sebabnya, isi ceramah sudah saya ketahui dan penyampaian penceramah yang kurang  ummph! Saya menulis, saya makan gula-gula, minta izin ke tandas untuk mencuci muka dan berjalan-jalan di luar bilik ceramah untuk menyedut lebih banyak oksigen, tapi...hampeh! Yang menyebabkan saya segar kembali ialah apabila pen saya terjatuh ke lantai dan saya terkejut. Rasanya ketika itu semua mata memandang saya...Saya malu.(perasan!) Moral daripada cerita ini, sebagai guru, saya kenalah mengambil pendekatan yang sesuai untuk mengelakkan murid-murid saya mengantuk atau tidur di kelas.

Satu lagi kes ,mengantuk yang kalau tidak ditangani dengan berhemah, memang akan mengundang padah. Na'uzubillah. Memandu dalam keadaan mengantuk, atau mengantuk semasa memandu. Itulah yang saya alami. Jarak pemanduan, taklah jauh sangat,  dari Batu Pahat ke Kluang pergi dan balik . Saya memandu dalam keadaan mengantuk, sangat mengantuk! Masa pemanduan, dari  pukul 1-3 petang. Pertama, semasa melawat Aiman di asrama dan membawa barang-barangnya yang tertinggal. Kedua, semasa  mengambilnya untuk pulang bermalam. Beberapa kali saya berhenti di tepi jalan untuk berehat. Hilang sebentar dan apabila saya memandu semula, ya Allah, mengantuknya!!!! Beberapa kali juga saya terbabas  ke lorong yang bersebelahan...Dua kali saya brek mengejut di persimpangan lampu isyarat...Sesungguhnya, Allah masih menyayangi saya...Alhamdulillah! Moral daripada cerita ini, jangan memandu jika mengantuk dan ingatlah yang tersayang...


Sebab-sebab memandu :

Menghantar samping Aiman, ...
Suami terpaksa menghadiri majlis rasmi...
Aiman nak makan KFC...


Semasa memandu:

Sedang memandu....


Mematuhi peraturan had laju...

Terlebih sedikit sahaja....


Sepanjang jalan kenangan...

Setelah sampai:



Aiman mula menikmati ayam  goreng KFC...

Sambung makan di kantin...


Kucing pun nak makan....(garang ni!)
















2 comments:

  1. As slm Kak Ani...
    huh! berbahaya tu kalau memandu bila mengantuk...pengajarannya tidur tepi jln tp pintu msti berkunci/ bawa makanan utk dikunyil2...hihihihi
    dan akhir sekali itulah pengorbanan seorg isteri dan ibu...:)

    ReplyDelete
  2. Salam Yanti.
    Memanglah bahaya sangat...tp mmg ngantuk betul sbb memndu pukul 1-3 ptg. Berhenti juga, tp bila pegang stereng je, mengantuk balik, guano? haha! Tp Allah masih sayangkan k.Ani... Nak makan x bleh, puasa.Sabar jelah... Betul tu Yanti, mcam2 pengorbanan ibu /isteri & ayah utk anak2, moga mrk kenang... Selamat hari Raya buat Yanti dan famili di rantauan. Moga ceria sokmo:))

    ReplyDelete

Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews