25 September, 2013

KAMI SEMAKIN PULIH..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah...
Musibah yang melanda memberikan banyak ruang dan peluang kepada saya  untuk bermuhasabah. Menginsafi dosa-dosa yang telah dilakukan sama ada secara sedar mahupun tidak. Moga kesakitan yang dirasai dapat menggugurkan dosa2 saya yang lalu. Sesungguhnya , Allah Maha Penyayang. Allah Maha Pengampun.

Hari demi hari, kesihatan saya semakin bertambah baik. Begitu juga dengan suami tersayang yang dah boleh membengkokkan lututnya. Rasa sakit pada tulang rusuk pun telah hilang. Anak perempuan saya, Syuhada pun dah tak berjalan terdengkot2 lagi semasa  dia balik ke rumah hujung minggu lepas.Tangan kiri saya pun dah boleh diangkat sedikit demi sedikit tanpa bantuan hujung jari-jemari saya. Hadi pun dah tak perlu memegang siku saya bagi membolehkan saya menyikat rambut... Alhamdulillah...

Moga kami terus dilimpahi kasih sayang Allah...:)



Syukur, saya dah boleh melipat baju..:)

Yang dah dilipat...

Dah tak ada! (Hadi dah angkat..)


2 comments:

  1. Assalamualaikum kak Ani. Alhamdulillah akak dah beransur pulih. Lipat kain dah boleh...lepas ni boleh memasak pulak...Take care akak -rosnizarzakaria-

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Rosnizar. Haha! Masak tu lambat lagilah...kecuali dapur dan peralatan memasak tu dibawa ke tempat kak Ani landing... Yang dilipat plk semuanya t-shirt sbb tangan tu tak boleh nak dipanjang2kan...T.kasih ya!

    ReplyDelete

Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews