Assalamualaikum.
Apabila membaca tajuknya sahaja, baik guru apatah lagi pelajar, ada yang rasa jengkel...
Apa tidaknya? Cuti yang seminggu sahaja pun mahu diadakan kelas tambahan... Bagi pihak pelajar,
sudahlah setiap guru mata pelajaran membekali mereka dengan kerja rumah yang bukan sedikit, ditambah pula dengan kehadiran wajib ke kelas tambahan. Bagi pihak guru pula,ada yang mengatakan rosak rancangan mereka untuk bercuti bersama-sama keluarga masing-masing....
Itulah antara luahan perasaan mereka....
Saya pula, tak kisah, Jika dibuat kelas tambahan, saya sedia memberikan kerjasama. Percutian bersama keluarga boleh diatur. Makan angin di tempat-tempat yang berdekatan sahaja sudah memadai. Yalah, anak-anak yang masih bersekolah itu hendak juga dikurangkan stres mereka...
Masalahnya, murid2 saya ini ada yang tak tahu menghargai penat lelah dan pengorbanan guru mereka. Kalau guru sanggup datang untuk mencurahkan ilmu, mengapa murid pula sebaliknya? Seperti biasa, di kelas2 hujung, kedatangan pelajar amat mendukacitakan. Adakah mereka memilih guru? Adakah mata pelajaran yang diajarkan itu tidak dapat memancing minat mereka? Atau, adakah tindakan mereka ponteng ini ada kaitan dengan kelemahan pelaksanaan hukuman? Entahlah ya... Wallahu'alam....
13 March, 2012
07 January, 2012
CERIA....
Assalamualaikum.
Lama dah saya tak mengarang di sini. Tak berkesempatan. Hari ni pun nak cerita sedikit saja. Kisahnya, pagi tadi saya dan 9 orang pelajar kelas saya ke sekolah untuk menceriakan kelas. Tahun ni seperti tahun2 sebelumnya, saya diamanahkan untuk 'menjaga' kelas 5 Elit. Kelas nombor 2 dari belakang tu..! Tak mengapa, saya suka!
Nama pelajar yang sanggup datang dah diambil hari Jumaat ( semalam). 8 orang Melayu dan seorang shj pelajar Cina. iaitu ketua tingkatan shj yang datang sedangkan majoriti di kelas tu pelajar Cina.Macam2 alasan dierikan; ada tuisyenlah, kerja dan lain2. Tak apalah. Mngkin mereka boleh memberi sumbangan dalam bentuk lain.
Maka kerja2 menceriakan kelas pun dimulakan pada jam 8.10 pagi dan berakhir pukul 10.10 pagi. Oleh sebab sekejap sahaja., maka banyak lagilah kerja keceriaan yang belum beres. Namun, nampaknya pelajar2 saya ni rajin. Mereka bersedia untuk menyambung kerja2 tersebut di rumah. Yang menggembirakan saya, salah seorang ibu kepada pelajar saya dengan rela hati datang untk membuat ukuran softboard dan papan hitam untuk dibuat skirting. Hmmm...Alhamdulillah..kurang sikit beban pelajar dan saya.
Mudah2an, keceriaan dan keselesaan kelas ini menjadikan pelajarnya lebih bersemangat untuk belajar dan menjadi insan yang cemerlang. Insya-Allah.

![]() | |||||
| Peace! Ketua Kelas Meng Sing |
![]() | |
| Alahai, malu2 pula dia!!!! |
Maka kerja2 menceriakan kelas pun dimulakan pada jam 8.10 pagi dan berakhir pukul 10.10 pagi. Oleh sebab sekejap sahaja., maka banyak lagilah kerja keceriaan yang belum beres. Namun, nampaknya pelajar2 saya ni rajin. Mereka bersedia untuk menyambung kerja2 tersebut di rumah. Yang menggembirakan saya, salah seorang ibu kepada pelajar saya dengan rela hati datang untk membuat ukuran softboard dan papan hitam untuk dibuat skirting. Hmmm...Alhamdulillah..kurang sikit beban pelajar dan saya.
Mudah2an, keceriaan dan keselesaan kelas ini menjadikan pelajarnya lebih bersemangat untuk belajar dan menjadi insan yang cemerlang. Insya-Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tinggal Kenangan...
Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...