07 January, 2012

CERIA....

Assalamualaikum.
Lama dah saya tak mengarang di sini. Tak berkesempatan. Hari ni pun nak cerita sedikit saja. Kisahnya, pagi tadi saya dan 9 orang pelajar kelas saya ke sekolah untuk menceriakan kelas. Tahun ni seperti tahun2 sebelumnya, saya diamanahkan untuk 'menjaga' kelas 5 Elit. Kelas nombor 2 dari belakang tu..! Tak mengapa, saya suka!
     Nama pelajar yang sanggup datang dah diambil hari Jumaat ( semalam). 8 orang Melayu dan seorang shj pelajar Cina. iaitu ketua tingkatan shj yang datang sedangkan majoriti di kelas tu pelajar Cina.Macam2 alasan dierikan; ada tuisyenlah, kerja dan lain2. Tak apalah. Mngkin mereka boleh memberi sumbangan dalam bentuk lain.

Peace! Ketua Kelas Meng Sing   

Alahai, malu2 pula dia!!!!

Maka kerja2 menceriakan kelas pun dimulakan pada jam 8.10 pagi dan berakhir pukul 10.10 pagi. Oleh sebab sekejap sahaja., maka banyak lagilah kerja keceriaan yang belum beres. Namun, nampaknya pelajar2 saya ni rajin. Mereka bersedia untuk menyambung kerja2 tersebut di rumah. Yang menggembirakan saya, salah seorang ibu kepada pelajar saya dengan rela hati datang untk membuat ukuran softboard dan papan hitam untuk dibuat skirting. Hmmm...Alhamdulillah..kurang sikit beban pelajar dan saya.
     Mudah2an, keceriaan dan keselesaan kelas ini menjadikan pelajarnya lebih bersemangat untuk belajar dan menjadi insan yang cemerlang. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment

Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews