14 July, 2011

Sukan Tahunan 2011

Hari ini sukan tahunan berlangsung. Sederhana tapi bolehlah dikatakan agak meriah. Pada kebiasaannya, kalau hari sukan macam ni saya bertugas sebagai juruacara tapi tahun ni bertukar profesion, sebagai penolong pengelola rumah sukan...Alahai, tugas di baahagian bontrot...he2!
Tapi sebelum memulakan operasi, sempat jugalah menyibukkan diri di khemah urus setia..tempat bertugas saya yang lama...
Saya  di meja urus setia.

Dah jadi AJK bahagian makanan ni, kenalah banyak bergerak... Gerakan yang pertama ialah ke restoran , tempat makan ditempah. Pekerja restoran masih bertungkus lumus menyiapkan kerja2 membungkus makanan semasa saya dan Sarimah sampai pada pukul 8.45 pagi tu...
"Katanya makan pukul 11.00 pagi, cikgu..."
Saya dan Sarimah saling berpandangan... Ini pengumuman ke pertanyaan...?
Sebenarnya, waktu rehat pukul 10.00 pagi, jadi mana masa nak bungkus makanan tu, nak diagihkan kepada pelajar dan kepada guru?
Hisy, ini tak boleh jadi...Lalu saya dan Sarimah pun bertindak menjadi sebahagian daripada pekerja restoran pada pagi ini.. Kami sama2 mengisi bungkusan makanan ke dalam beg plastik dan mengangkutnya ke kereta...hahaha!
Tolong-menolong...Gambar hiasan...

Di dewan sekolah operasi membungkus makanan (nasi tomato, muffin, coklat Cloud 9, buah lai saiz king...he2! dan air minuman selain ice blended yang boleh diperoleh di tempat jualan) bagi pasukan rumah Mawar  pun bermula. Alhamdulillah, ramai pula anak murid yang menunggu kami untuk menghulurkan bantuan...Suasana  meriah bagaikan rewang kenduri kahwin pula! Ok, beres!
Antara pelajar yang membantu...
Sibuk...
Kerja dah nak siap, Cik Siti Ruzaini pun tersenyum...

Masa mengagih pun nampaknya tiada masalah. Alhamdulillah, Ok, beres!
Hasilnya, apa yang penting????
KERJASAMA!!!!

Rumah Mawar pula muncul sebagai naib juara dalam sukan tahunan bagi kali ini. Tahniah kepada semua atlet, kepada Ct Ujai (guru ketua rumah sukan) dan semua... Tahun 2012, boleh jadi johan pula..siapa tahu?

2 comments:

  1. rumah mawar? eh..sekarang sudah tukar nama rumah sukan ye cikgu?

    ReplyDelete
  2. ya,Fizah dah tukar. Dulu ada 4 rumah, skrg ada 6, semua guna nama bunga-bungaan, maklumlah, sekolah pompuan...he2!Mawar tu merah. Bunga lain, Anggerik (Ungu), Dahlia(Oren), Cempaka (Biru), Kenanga (Kuning) dan Melur (Hijau)..

    ReplyDelete

Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews