18 July, 2011

SELAMAT BERJUANG , ANAK-ANAK DIDIKKU...



Assalamualaikum semua!
SMKTA sepi selama beberapa hari....
Mengapa? Apakah yang sedang berlaku di sini?



Oh, jangan bimbang! Tiada apa-apa yang menggusarkan yang berlaku di sini.
Sebenarnya, mulai hari ini , 18  hinggalah 21 Julai 2011, waktu P&P di sekolah ini digantikan dengan Penialaian Kurikulum kali ketiga. Itulah sebabnya suasananya sepi daripada suara para pendidik menunjuk ajar atau mencurah ilmu kepada para pelajar dan tiada kedengaran riuh  suara pelajar memberikan jawapan atau berbincang tentang pelajaran atau bising kerana berbual sesama sendiri ketika pertukaran waktu sesuatu mata pelajaran. Ujian pada kali ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 1, 2, 4 dan 5. Pelajar tingkatan 3 dikecualikan daripada menduduki  ujian.

Sekali lagi mereka diuji ; sama ada mereka telah menguasai isi pelajaran atau sesuatu kemahiran yang cuba diterapkan kepada mereka atau tidak. Kasihan juga rasa hati ini melihatkan mereka . Hari Khamis yang lalu, diadakan Kejohanan Olahraga Tahunan. Pada hari Jumaat pula, iaitu selepas waktu rehat, diadakan pula majlis perpisahan untuk mantan Pengetua SMKTA, Pn. Hjh. Noriah Nasir. Tentunya ada di antara mereka yang sibuk membantu guru membuat persiapan untuk dua majlis tersebut. Selepas itu, terpaksa pula berjuang membuat persiapan untuk ujian bagi memastikan mereka dapat memberikan jawapan yang tepat atau terbaik bagi setiap soalan yang dikemukakan.

Apa yang hendak dikata, itulah rencah kehidupan dan perkara lumrah bagi seseorang pelajar. Mahu atau tidak mahu, mereka terpaksa juga menempuhnya. Kalau berjaya, Alhamdulillah, syukur...tetapi jika sebaliknya pula yang berlaku, usah takut menghadapi kenyataan. Jika pelajar ditegur atau dimarahi kerana kesilapan-kesilapan jawapan yang dipersembahkan, terimalah dengan reda. Jika pelajar  diarah supaya membuat pembetulan, sekali, dua kali atau beberapa kali pun, akur sahajalah. Janganlah mengomel dan janganlah sekali-kali diluahkan rasa tidak puas hati itu kepada pihak ketiga, yang tiada kaitan dengan kita, warga SMKTA. Guru ikhlas memberi, kalian pula hendaklah ikhlas menerimanya.

Akhir kata, selamat berjuang wahai anak-anak didikku sekalian! Cikgu doakan moga kalian berjaya ; lulus dengan cemerlang.  SMKTA BOLEH!!!!



Pelajar sedang menjawab soalan (BM)

Pelajar mula menjawab soalan (Sejarah)




10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Dah mula exam ye kak...semoga berjalan lancar dan berjaya semuanya..kim slm pd kengkwn di sana ye..

    ReplyDelete
  3. Dah habis doh...
    Sekarang ni cikgu2 sedang masukkan markah dlm sistem . Boleh tumpang tanya, Red Cheery ni siapa ya?

    ReplyDelete
  4. U klik la kat nama i "RedCherry" tu, nnt u tau la sape i...:)

    ReplyDelete
  5. dah klik, masih tak dapek nak cam... Ok, try lagi, mungkin tadi salah taip nama tu...

    ReplyDelete
  6. hahaha! Fiza Yanti rupa2nya...! Apa khabar org di P'chis sana? Tgh musim apa skrg?
    Yanti, k.Ani nak jadi folloer awk, tp x de tempat pun...

    ReplyDelete
  7. hihihi..100 markah tuk kak Ani. Akk sihat? Kita x buat part follower tu, malu nnt org x nak follow kita hahahaha..

    ReplyDelete
  8. Wah, bangganya akk! he2! Alhamdulillah, sihat walafiat... Yanti dn famili di sana mcm mana? Brp tahun lagi ya baru balik ke M'sia? Apadaaaa....eloklah org follow Yanti, jauh tu... jauh berjalan luas pemandangan...:))

    ReplyDelete
  9. kak Ani...kita dah taruk button follower, awk follow kita k..i followwwwwww u 2...hihihi
    kita kat sini sefamly sihat walafiat...alhamduillah..insya Allah thn depan kita blk. Ada kekosongan x kat sek kak Ani? Msti subjk maths dah penuh..x dpt ler msk situ lg :(

    ReplyDelete
  10. ok ok...Insya-Allah, sat lagi kat Ani sampai kat P'cis...he2! i'll follow u..
    Oh, dah nak balik ya.. Buklan berapa ek? K.Ani x tahu ttg kekosongan di sta tu..Tp biasanya kan dpt balik... Yg terbaru cikgu Ziana yg ikut suami dy, dpt blk mngajr kat sta...

    ReplyDelete

Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews