16 April, 2012

HARI SABTUKU YANG SIBUK

Assalamualaikum.
Lama sudah saya tidak mengarang di sini. Kesibukan melanda hingga saya tidak berkesempatan mencoretkan bingkisan cerita di blog kesayangan saya ini
     Kali ini saya ceritakan kisah  yang terjadi hari Sabtu yang lalu. Dua majlis berlangsung dan kedua2nya membabitkan saya sebagai teraju utamanya (orang Jawa kata 'pentol') .  Jadi, bayangkanlah betapa sibuknya saya beberapa hari menjelang majlis dan pada hari majlis berlangsung... 
     Majlis pertama: Hari Profesionalisme pertama (Latihan Dalam Perkhidmatan). Untuk yang ini, saya penyelarasnya. Selaras itu, dan selaras ini. Sampai masa, ada juga silapnya! Inilah manusia... Sehari sebelum program, saya telah menelefon penceramah pertama untuk mengesahkan kehadirannya. Lebih kurang beginilah dialog kami yang diringkaskan:
     "Ok, ya En. HS, datang ya berceramah ke sekolah saya esok pukul 8.00 pagi."
     "Ok, ok! Saya datang. Pukul 8.00. Sediakan LCD ya!"
     "Baiklah."
Malangnya, penceramah datang pukul 8.30 pagi. Guru-guru dah sampai seawal pukul 7.15 pagi... Ya Allah..kesiannya mereka, lama menunggu. Rupa2nya, en. HS merujuk kepada surat jemputan (yang saya hantar), bahawa jemputan berceramah ialah pada pukul 8.30!  
     Walau bagaimanapun, keresahan atau mungkin kemarahan guru terungkai dan hilang apabila mendengar ceramah beliau yang sangat menarik dan berkesan. Cikgu2 tak kering gusi dengan lawaknya. Ada juga keinsafan berjaya diselitkan dalanm ceramahnya yang bertajuk "Guru Penyayang" itu. Keseluruhannya, memang kami berpuas hati. Kalau dijemput untuk memberikan ceramah kepada pelajar dan ibu bapa pun sesuai sangat.

Penceramah dengan bahan bantu ceramahnya...

Guru-guru tak kering gusi ....
Penceramah kedua menerima cenderamata...



     Pada waktu yang sama, di dewan sekolah pula berlangsung Kursus Kepimpinan Pengawas. Yang ini, saya juga yang menyelaraskannya dan dibantu juga oleh guru Kaunselor sekolah. Saya tak boleh duduk diam... sekejap ke dewan, sekejap naik ke Bilik Mesyuarat, untuk memastikan kedua2 program tersebut lancar. 
     Rancangan asalnya, kursus ini hendak dijalankan di sebuah kem, tetapi memandangkan saya sibuk dan kasihan pula dengan pelajar yang terpaksa bayar lebih, saya batalkan rancangan tersebut. Jadi, saya buat di sekolah sahaja dengan memanggil pihak luar.
     Ok, saya ceritakan sedikit kisah di sebalik tabir...
     Entah bagaiamana, pada petang Jumaat itu , (sehari sebelum kursus berlangsung)  dalam perjalanan pulang daripada servis kereta, saya tergerak untuk singgah di sekolah untuk menjenguk persiapan dewan. Alangkah terkejutnya saya, back drop belum dibuat lagi! Aduhai, pengawasku ini! Alhamdulillah, mujurlah terjumpa dengan cikgu Khairizan di padang sekolah. Kredit telefon saya habis, jadi dialah yang cuba menelefon pelajar yang berkenaan... Dan akhirnya, apabila pelajar itu tidak dapat dikesan, beliau menyatakan persetujuannya untuk membantu... Syukur, Alhamdulillah. Terharunya! Pukul 10.00 malam, beliau memulakan kerja dengan ditemani anaknya, Ain yang berumur 4 tahun dan juga guru pengawas sesi petang, Pn Sarimah. Jasa kalian kukenang...

Cikgu Khairizan membantu memasang 'back drop'
Ain pun nak tolong...
Pengawas menjalankan tugasan...
Apa yang penting? Kerjasama!
Dah tamat...
Tamat...

No comments:

Post a Comment

Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews