16 April, 2012

BERJAYA TIMES SQUARE

Assalamualaikum.

Hari Ahad hari untuk famili.
Hari Ahad hari untuk senang dan tenangkan hati.
Hari Ahad hari untuk bercuti.
Sambil bercuti, kita boleh meningkatkan ekonomi negeri...(negara!)
Maka, pada hari Ahad, 15 April 2012 lepas, saya dan keluarga melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia untuk menyahut kempen "Cuti-Cuti Malaysia". Ke mana? Mana lagi, kalau bukan ke Times Square!
Cerita di perjalanan.

 Bertolak dari rumah selepas Subuh, (pukul 6.00) Plan asal, 5.40 pagi...Kita hanya mampu merancang... Suami nak cari jalan ke stesen komuter Bandar Tasik Selatan, tak jumpa pula. Kata anak sulung, "Ibu, gunalah Papago ibu tu...." Lantas, telefon bimbit saya pun bertukar tangan... Sedang Aiman sibuk mencari, bangunan KL Central telah ada di depan mata....

Di KL Central:
Sampai di Stesen KL Central pukul 10.00 pagi. Kereta diletak di tingkat 3, tiang S. Sambil menunggu anak saya yang belajar di P.Jaya itu sampai, sempatlah saya menyauk sehelai 'cardigan' hitam. Dari situ, kami berjalan kaki ke stesen komuter yang terletak di bangunan bersebelahan KL Central. Kenalah menapak. Mujurlah tak jauh sangat, hanya 10 minit perjalanan jika ada niat berjalan sambil makan angin. Jika serius perjalanannya, lebih cepat sampainya.

Di Times Square:
Bayaran masuk RM37.00. Jadi semuanya RM168.00. Tak apa, sekali-sekala...:)
Suami saya awal2 lagi dah mengambil keputusan untuk tidak menaiki apa2 jenis permainan yang disediakan kerana sudah serik (peristiwa di Sunway Lagoon) Saya pula, macam nak naik, tapi tak berani.. Akhirnya, saya dan suami jadi 'baby sitter'lah nampaknya sepanjang anak2 bermain....haha!

Perjalanan pulang:
Mula2 hantar Hadi. Tak jauh, diturunkan dekat dengan KL Central, dan dia akan menaiki teksi. (Tambang teksi sudah diberi, tapi apabila saya menelefonnya, dia naik bas juga! Hisy, anakku ini!)
Kemudian, ke Nilai, hantar Wahida. Lewat sangat...dah pukul 3.30 petang. "Solat Zohor terus ya Kak Long!,"pesanku.
Perjalanan yang jauh pun bermula. Ujian pertama, jalan sesak. Ya Allah, ada kemalangan! Ops, ada beberapa buah kereta kena samanlah! Itulah padahnya nak cepat, potong barisan, gunakan laluan kiri>.
Kalau beginilah gayanya, tak sempat rasanya Aiman sampai di asrama sebelum pukul 6.00 petang. Saya pun mulalah main peranan...menghantar sms kepada warden asrama sebab  ujian kedua pula menunggu... Hujan sangat lebat di Seremban! Terpaksalah suami pandu perlahan....

Sampai di R&R Ayer Keroh, singgah untuk solat jamak Asar/Zohor. Dah selesai, enjin kereta pula tak dapat dihidupkan....Ujian ketiga. Memang sahlah Aiman lewat sampai ke asrama! Kami hampir sahaja membeli bateri baru yang berharga RM270-300 daripada pekerja di stesen minyak Pteronas...Tapi dia juga menasihati suami supaya menelefon pihak Polis Bantuan PLUS. Suami akur dengan cadangan tersebut. Tak lama kemudian, datanglah dua orang kakitangan PLUS menghulurkan bantuan, Alhamdulillah, dah ok. Jadi, tak perlulah saya membeli bateri baru tu...Senyum! :))

Akhirnya...
Sampai di asrama Aiman: pukul 8.30 malam.
Sampai di rumah, pukul 10.00 malam (singgah makan roti canai dulu!)Syukur....

Permainan pertama anak-anakku...
Hadi di dalam kereta lambung2...
Aiman nampak berani tapi sebenarnya.....

Naik kali kedua...

Kak Long...
Asyraf...
Hadi dan Aiman....
'Baby Sitter ' 1
'Baby Sitter' 2...
Kami bahagia, anak-anak gembira...Insya-Allah...

(*Angah, kalau baca cerita ibu ni jangan sedih ya! Bila2 nanti kita pergi, ek!) 

No comments:

Post a Comment

Bertaubatlah sebelum terlambat...

Hanya Untukmu

Hanya Untukmu
Selamat Hari Lahir...

Realiti: Lalu Lintas Blog

Total Pageviews