Kerana-Mu
Aku mampu menjejakkan kaki
Sekali lagi,
Ke rumah-Mu, Ya Allah...
Kelopak mata kurasakan dingin
Tatkala kumelihat di depanku
Hitam, pekat - Baitullah
Kulihat kalimah...ALLAH...
Aku benar-benar terkesima...
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ
Masih terngiang-ngiang di telinga talbiah mendayu-dayu dan syahdu itu.Di dalam pesawat Saudi Air lagi laungan talbiah daripada para jemaah sudah kedengaran. Sepanjang perjalanan, tak henti-henti kami bertalbiah, adakalanya hingga terlelap...Tak sabar kaki mahu mencecah bumi Makkah yang penuh barakah..
11 Oktober 2011 (13 Zulkaedah 1432H)
Tak terungkap oleh kata-kata, betapa kerdilnya diri ini tatkala berada di depan rumah-Mu, ya Allah... Air mata menitis membasahi pipi...Kurenung Baitullah yang berada di depan mata....Aku datang ke rumah-Mu ya Allah..Kau terimalah ibadah haji dan umrahku dan suami serta para jemaah haji yang lain. Kurniakanlah haji yang mabrur dan balasan syurga-Mu, ya Rabbi...
Alhamdulillah, telah selesai tawaf...Sukanya! |
Menikmati rezeki Allah di koridor di luar bilik penginapan.. |
Di hadapan Jamrah, setelah selesai melontar ketiga-tiga jamrah. |
Bergambar kenangan dengan sekumpulan jemaah haji dari Indonesia. |
Pertemuan dirancang... di depan Masjidil Haram Abang Sahak, Kak Mai , Soleh dan kenalan mereka menikmatai KFC versi Arab...:) |
Berehat- keletihan dan kepenatan setelah melaksanakan ibadah Sai'e. |
Bergambar dengan Hajah kak Yah di dalam khemah di Mina |
Bersama Hajah Kak Syam semasa menyertai program ziarah di Jabbal Rahmah. |
Di tempat pertemuan Adam dan Hawa - setelah doa dititipkan buat insan-insan yang tersayang |
Di Jabbal Rahmah... |
Malam di luar khemah di Mina, setelah berdoa dan menyaksikan tenggelamnya matahari wukuf pada 13 Zulhijjah... |
Di pekarangan Masjid Nabawi, ketika payung masih lagi terbuka bagi melindungi jemaah daripada kepanasan duniawi.. |
Sudah siap berkemas untuk berangkat ke Madinatul Hujjah di Jeddah -bernmulalah urusan pulang ke tanah air |
Dengan suami, di dalam pesawat Saudi Air...Selamat tinggal Madinah... Moga Allah menjemput kami lagi bertemu denganmu, ya Rasulullah.. |
Alhamdulillah...Anak2 tersayang telah pun sampai ,menanti kepulangan kami... |
Berjalan ke kereta... Kenangan dan ingatan di Makkah dan Madinah masih kekal terpahat.. |
No comments:
Post a Comment