Sedang rajin menulis ni....:)
Bertempat di Patmah's Kitchen di Taman Maju Batu Pahat, sekumpulan guru wanita SMKTA telah menjamu selera sambil berbual-bual mesra gitu...he2!
Lupakan seketika kerja2 rutin yang bertimbun itu. Kami luangkan masa untuk menambah kejelekitan ekoran ada lebihan wang daripada program hari keluarga di Mersing tempoh hari.
Makanan yang menjadi pilihan kami ialah 'chicken chop' dan minumannya pula ikut pilihan masing2. Saya memilih minuman yang kaya dengan vitamin C iaitu jus belimbing tetapi, dah nasib badan agaknya, makanan dah hampir habis, minuman saya tak sampai- sampai lagi...Sabar jelah...
Insya-Allah, selepas ini akan ada lagi majlis makan-makan begini. Mungkin hi-tea (teh tinggi??) di hotel Katerina pula...Tunggguuuu!!!!
Sayup mata memandang...Antara rakan guru yang hadir. |
Ceria... Wardah, Syahida dan Khairizan |
Syafiqah dan Adibah |
Menemani Cik Siti Rozaini yang terlewat tetapi bersebab... |
Inilah jus belimbing yang ditunggu-tunggu tu... |
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteWa'alaikumussalam.
DeleteTerima kasih Eiynamanzs.
Kak Ani fikirkan siapa tadi, rupa2nya Zurina ya... Moga sihat dalam dunia barumu...