Assalamualaikum.
Esok, bermulalah perjuangan anak saya, Muhammad Asyraf Mustaffa dan anak-anak didik saya di SMK Tun Aminah, Batu Pahat serta bekas anak didik saya di mana-mana di negara ini di medan 'tempur'- peperiksaan yang bakal menentukan hala tuju mereka selepas menamatkan alam persekolahan kelak. Setelah dua tahun menyediakan diri- mental dan fizikal untuk berjuang, kini tibalah masanya mereka mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang telah diajarkan.
Pengorbanan ke arah kecemerlangan yang bukannya sedikit atau kecil, bukan sahaja berlaku di pihak mereka, malah ibu bapa dan guru-guru juga. Onak dan duri terpaksa ditempuh sebelum kelak dapat meneguk manisnya kejayaan.Insya-Allah. Ada yang jatuh tersungkur, tertewas lantaran rapuhnya tangkai iman. Perjuangan hanya sekerat jalan dan laluan sukar mungkin menanti mereka... Moga Allah mengurniai mereka taufik dan hidayah. Bagi kalian yang masih bertahan, tabah menempuh segala rintangan, adakala jatuh, bangkit semula, menggenggam azam, fokus terarah ke mercu jaya, tahniah dan syabas!!!
Esok, hari yang ditunggu-tunggu tetap akan tiba. Esoklah harinya ; saat kalian mula menjawab soalan yang dikemukakan, ibu bapa dan guru-guru tidak betah duduk...Ada yang memanjatkan doa, malah bagi yang bekerja, ada yang mengambil cuti, menunaikan solat sunat dan berpuasa sebagai ikhtiar terakhir bagi membantu kalian...
Moga anakku, Asyraf dan anak-anak yang lain khususnya daripada tingkatan 5 Cerdas dan 5 Elit, barisan pengawas dan semua pelajar SMKTA dikurniakan kesihatan yang baik lebih-lebih lagi pada musim hujan ini, diberikan ketenangan, dipermudah oleh Allah dan bisa merungkai semua soalan yang dikemukakan dengan lancar dan mudah sekali. Moga kejayaan cemerlang di dunia dan di akhirat menjadi milik kalian. Amiin!
Inilah wajah-wajah anak didikku yang mewarnai hidupku sepanjang 10 bulan 5 hari pada tahun 2012 ini di SMKTA ...:
Tingkatan 5 Elit
Tingkatan 5 Cerdas
Pengawas...
teruskan perjuangan memburu ilmu, agar kejayaan dalam gapaian! Insya Allah.......
ReplyDeleteInsya-Allah. Amiin...! Tq bang:)
Delete