Assalamualaikum.
Cerita pendek sahaja hari ni (7.11.2012).Kisah sakit gigi.
Sebenarnya saya dah mula rasa sakit kira-kira dua minggu yang lalu tapi masih boleh dimaafkan. Hari ini, sakitnya berterusan dari pagi sampailah ke petang. Berdenyut-denyut! Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya saya ketika itu.
Sepatutnya saya menemani cikgu Zaliha untuk memeriksa situasi di UTHM yang berkaitan dengan tugas kami esok pukul 3 petang hari ni, tapi tak dapeklah den nak menolongnya... Tapi dalam pada sakit2 tu, sampai juga saya ke Kluang untuk mengambil anak di SMSJ. Itulah pengorbanan seorang ibu....
Sekarang, Alhamdulillah, legaaa tanpa ubat... Orang sakit gigi ni selalunya macam tak sedar diri; masa sakit rasanya tak sabar2 nak ke klinik, apa-apa pun doktor nak buat pada gigi, reda. Tapi, masa dah baik dan tak sakit, ...nantilah...petang sikit...atau malam nanti... Siapa tu? Sayalah! haha!
Ada rakan FB yang mengesyorkan supaya saya menggigit bunga cengkih. Ada yang suruh sapu dengan ubat gigi Sensodyne. ..Terima kasih. Saya akan mencubanya nanti. Yang pasti, doktor gigi mesti dicari...
07 November, 2012
Sakitnya Gigiku!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment