Assalamualaikum.
Lama benar rasanya tak menjenguk blog saya ni.
Sibuk memanjang, tak ada yang memendek...
Dari awal tahun 2013 hingga bulan Julai ni, macam-macam kejadian yang terjadi.
Diringkaskan ceritanya ;
1. Awal tahun 2013 dapat , tugas seperti tahun sebelumnya, ditolak 1;guru kelas dan ditambah 1; Pengerusi bilik guru.
Saya enggan terima jawatan tersebut memandangkan banyak tugasan yang akan saya pikul pada 2013 ini, (ada lebih 20 tugas) tetapi ada satu suara kedengaran; "Ala, tak apa, nanti saya tolong," (hmm...tak tolong pun!)
2. Makan angin - ke Langkawi 2 kali (rombongan sekolah saya dan sekolah suami), ke Pulau Tioman ikut trip sekolah suami (3-5 Jun). Paling seronok, di Pualu Tioman. Airnya sangat jernih. Pemandanganpun sangatlah cantik..
 |
| Pulau Tioman waktu matahari terbenam... |
3. Macam2 yang terjadi, suami kakak (kak lang )Abg Isa meninggal, pemantau memantau di sekolah. Tak mengapa, datanglah, dapatlah dilakukan penambahbaikan di mana-mana..
 |
| Di tanah perkuburan seksyen 25, Shah Alam. |
 |
| Pemantau SPSK sedang mengagih2kan tugas... |
4. Tahun 2013 tahun menanda tak habis2... Tiga kelas tingkatan 5 untuk subjek BM memang betul2 mendera...Ketua Bidang dah nasihatkan saya supaya ambil 2 sahaja, dan 1 tingkatan 4 ditambah 1 lagi tingkatan 1, tapi saya menolak sebab memikirkan persediaan mengajar sampai 3 jenis..ting. 1, 4 dan 5. Akhirnya, tanggung sendiri!
Lain2:
- Jerebu
 |
| Jerebu di bandar Batu Pahat, Johor DT |
- Sukan Kecil
 |
Wajah2 ceria pegawai sukan kecil...hehe!
- Sukan Tahunan
Pertandingan Perbarisan - Pasukan rumah Mawar
|
 |
| Pembawa Bendera Kejohanan . Kadet Polis |
 |
Tak cukup stamina...pengsan!
|